“Nampak Berumur Dari Usia..” – Alya Iman Buka Tudung Di Hari Pertama Syawal, Netizen Puji Cantik Bak Bidadari

25 Apr 2023 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon yang dahulunya manis bertudung, Alya Iman khabarnya telah menanggalkan tudung pada hari pertama Syawal.

Menjengah ke ruangan Instagram aktres itu, dia dilihat tidak lagi berhijab dan ada video memaparkan dirinya ditata rias oleh seorang lelaki.

Pelakon berumur 22 tahun itu turut menggayakan baju kurung berona biru lembut dengan gaya rambut panjang berwarna perang.

Alya yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu menerima pujian daripada rakan artis dan peminat di atas kecantikan yang dimiliki olehnya.

Namun, menjengah ke ruangan komen berita hiburan dan tabloid, ramai juga yang ‘kecewa’ dengan tindakan Alya membuka tudung selain wajahnya yang dikatakan lebih berusia daripada umur sebenar.

Terdahulu, Alya pernah menggemparkan dunia hiburan apabila dia dilanda kontroversi menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Dia kemudiannya bertunang dengan seorang duda namun putus dua tahun kemudian.

Alya mengatakan dia lebih selesa hidup solo dan ingin fokus kepada kerjaya buat masa sekarang.

image is not available 6 jam lalu

"Doakan Yang Baik-Baik Sahaja Dan Diam, Terima Kasih" - Haqiem Rusli