Nampak Lebih Comel - Rambut Jin Dah Botak, Tak Lama Lagi Masuk Kem Tentera

Music
12 Dec 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kim Seok-jin - Gambar Jin BTS 

Menghitung hari menanti keberangkatannya mengertai kem latihan ketenteraan Korea Selatan, penyanyi kumpulan BTS, Jin memuat naik gambar terbarunya dengan imej botak. 

Dalam foto yang dimuat naik menerusi aplikasi Weverse, pemilik nama penuh Kim Seok-jin itu memakai baju berwarna hitam dengan kapsyen:

“Hehehehe, rupanya ini lebih comel daripada apa yang saya bayangkan,” katanya. 

Sebelum ini agensi pengurusan Jin, Big Hit Music melarang mana-mana peminat atau ARMY untuk masuk ke kem latihan yang bakal disertai pelantun lagu Dynamite itu. 

Jin akan mendaftar ke kem latihan tentera bermula Rabu ini iaitu 13 Disember ini. 

image is not available
Jin BTS - Gambar fail

“Kami tidak mengadakan sebarang acara untuk meraikan pendaftaran Jin. 

“Hari pendaftaran adalah momen yang patut diingati oleh Jin dan keluarganya sahaja. 

“Cukuplah jika kita memberikan ucapan perpisahan yang baik-baik di hari kita masing-masing sahaja,” tulis agensi berkenaan di Weverse. 

Terdahulu pada Oktober, Big Hit telah mengumumkan bahawa Jin akan menjadi ahli kumpulan BTS pertama yang akan menyertai kem latihan ketenteraan. 

Pengumuman itu dibuat selepas BTS mengumumkan untuk berehat seketika dan memberi fokus kepada karier solo mereka masing-masing. – Getaran, 12 Disember 2022