“Nampak Lori Atau Bas Pandu Laju Atas Jalan Raya, Guna Telefon Pintar & Rakam” – Anthony Loke

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 9:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, Menteri Pengakutan, Anthony Loke berkata tindakan segera melibatkan kesalahan jalan raya bakal diambil dengan segera oleh pihaknya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain terpelihara.

image is not available

Sumber : utusan 

Turut menegaskan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sama sekali tidak memandang ringan terhadap setiap aduan rakyat, termasuk video tular di platform media sosial yang melibatkan kesalahan jalan raya dilakukan kenderaan berat seperti bas ekspres.

image is not available

Sekiranya lihat ada lori atau bas yang dipandu laju di atas jalan raya, ambil gambar menggunakan telefon pintar. Jangan ingat video yang ditularkan itu tidak berkesan, ada orang kata (mereka) dah buat aduan kepada JPJ, tak diambil tindakan.

Anthony merujuk kepada tindakan APAD menggantung Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam milik Star Mart Ekspress Sdn. Bhd. selama 30 hari bermula 3 Julai ini selepas video pemanduan bas ekspres yang bahaya tular pada 12 Jun lalu.

image is not available 2 weeks ago

"Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat" - Anthony Loke