Nampak Lucu Tapi Penuh Kebaikan, Kentut Sambil Berjalan Selepas Makan Baik Untuk Kesihatan [Video]

Health & Fitness
21 May 2025 • 6:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kentut atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai flatulence merupakan satu tindak balas biologi badan secara semulajadi apabila gas terhapus dari sistem pencernaan dan usus.

Bagi kebanyakan orang, perbuatan kentut dianggap memalukan hingga ada yang berasa segan apabila kantoi melakukannya di hadapan orang ramai.

Mungkin ada yang menganggap tindakan ini sebagai kurang sopan, tapi tahukah anda perbuatan kentut sambil berjalan sebenarnya membawa manfaat untuk kesihatan jangka panjang?

Kentut Sambil Berjalan Tingkatkan Kebaikan Usus

Menurut pakar perubatan dalaman dari Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, New York City, Dr Tim Tiutan, melakukan aktiviti santai seperti berjalan atau menyapu sampah selepas makan mampu meningkatkan fungsi usus.

“Berjalan selepas makan membantu menggalakkan pergerakan usus. Ini bermaksud, ia membantu pergerakan usus bagi menyingkirkan gas dan mencegah sembelit,” jelasnya dalam video di Instagram miliknya.

Dr Tim berkata demikian sebagai respon kepada pakar gastroenterologi dari Pusat Perubatan Universiti Washington, Dr Christopher Damman yang menggalakkan aktiviti fart walk (kentut sambil jalan).

“Usus memang boleh berfungsi sendiri, tetapi ia berfungsi dengan lebih baik apabila anda turut bergerak.

“Menggerakkan badan akan merangsang dan ‘membuka’ usus anda,” jelasnya yang menyatakan sokongan penuh kepada aktiviti kentut sambil berjalan.

Tambah Dr Tim lagi, perbuatan tersebut bukan sahaja membantu mengawal paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan risiko kanser.

Berjalan Lepas Makan Dapat Kawal Paras Gula Dalam Darah

Menerusi sedutan video Dr Christopher yang dikongsikan semula oleh Dr Tim, Dr Christopher menjelaskan berjalan selepas makan juga dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes type 2.

Ini kerana aktiviti berjalan dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.

“Kajian menunjukkan bahawa senaman ringan sejurus selepas makan boleh memberi manfaat besar dalam mengawal paras gula darah.

“Hanya lima minit berjalan atau aktiviti ringan seperti lompat bicu sudah mencukupi untuk mengurangkan lonjakan gula selepas makan,” jelasnya.

Oleh sebab itu, seseorang disarankan untuk mengamalkan fart walk sejam selepas makan memandangkan gula dalam darah akan melonjak dalam tempoh 60 hingga 90 minit selepas makan.

Berdasarkan mStar yang memetik laman Yale Medicine, sekiranya paras gula tidak dikawal tidak kira sama ada akibat kekurangan insulin atau rintangan insulin, seseorang itu berisiko untuk menghadapi komplikasi seperti kerosakan mata, masalah buah pinggang dan penyakit jantung.

@mairlynthequeenoffibre

The #fartwalk lady is me. I’m mostly on instagram as Mairlyn Smith so I didn’t know i was that cool over here 😂 #fartwalk #fartwalker #farts #hearthealthy #guthealthy #diabetesawareness #agingwell #aging

♬ original sound – mairlynthequeenoffibre

Tonton video penuh [DI SINI]

Source:

View Original Article