“Nampak Macam Baby Bump La” – Netizen Syak Marissa Dania Sedang Hamil

Entertainment
15 Jul 2024 • 12:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
marissa dania

Anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim sekali lagi mencuri tumpuan apabila dikatakan sedang berbadan dua.

Netizen syak Marissa bakal menimang cahaya mata berikutan ‘baby bump’ yang kelihatan ketika wanita tersebut hadir ke acara sambutan hari jadi adiknya.

Perkara ini menjadi bualan selepas tular rakaman menunjukkan Marissa sedang mendukung seorang bayi perempuan. Marissa dipuji tidak kekok dan semakin berseri-seri selepas berkahwin.

Malah, ibunya juga ada berkongsi video di Instagram dan menuai komen gembira daripada netizen. Rata-rata melihat dengan jelas perut Marissa yang dikatakan semakin membesar.

image is not available

image is not available

Namun, setakat ini tiada sebarang kesahihan daripada Marissa mahupun ahli keluarganya. Didoakan semoga segala urusan dipermudahkan.

image is not available

Jap!