Nampak macam warna kulit, Intan Najuwa pakai baju nampak belakang?

Women's Fashion
2 Mar 2024 • 6:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penampilan pelakon, Intan Najuwa pakai baju nampak belakang telah menjadi perhatian netizen di media sosial selepas dikongsikannya di Instagram.

Terkejut tengok penampilan Intan

Intan yang memakai dress labuh berwarna biru gelap dengan kain terbelah hingga ke peha mengejutkan ramai susulan bahagian belakang bajunya seakan memperlihatkan hampir sebahagian tubuhnya.

Intan Najuwa pakai baju nampak belakang? ada lapis kain kot

Walaupun ada yang mengatakan bahagian belakang itu seperti ada lapisan kain berwarna sama dengan kulit namun ramai juga yang merasakan ia memang terlihat semakin seksi sejak berumah tangga.

Difahamkan, pemilik nama sebenar Datin Intan Najuwa binti Abdul Wahid ini telah menghadiri sebuah acara melibatkan jenama barang kemas terkenal serta sempat bergambar bersama aktor kacak dari Thailand, Metawin Opas-iamkajorn atau Win Metawin.

Intan Najuwa pakai baju nampak belakang? Macam makin teruk je penampilan

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas daripada netizen diterima melibatkan penampilannya yang dilihat agak seksi daripada sebelum ini terutamanya setelah mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, masih ada peminat yang mempertahankan pakaian yang digayakan Intan di mana memaklumkan ada lapisan kain lain yang menutupi bahagian belakangnya daripada terdedah.

image is not available

Seksi pulak sekarang

image is not available

Musim panas kot

image is not available

 

Tapi cuba perhatikan betul2

image is not available

Macam ada kain warna kulit tu

image is not available

Sumber: Instagram Intan Najuwa