“Nampak Natural Je” – Netizen Puji Kecantikan Lana Nodin Lepas Bedah Hidung

Entertainment
1 Nov 2022 • 1:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Lana Nodin sebelum ini mengejutkan peminat apabila dia tampil mengumumkan telah menjalani pembedahan hidung di Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, Lana menjelaskan bahawa pembedahan itu dilakukan bukan sekadar suka-suka tetapi kerana dia pernah terlibat kemalangan ketika berumur 19 tahun.

Terkini, Lana Nodin memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan hasil selepas sepuluh hari menjalani pembedahan tersebut.

image is not available

Foto berkenaan mendapat reaksi positif peminat di mana rata-rata memuji kecantikan pelakon itu.

“I need that nose! Lawa gila,” ujar seorang peminat.

“I think this nose really kena dengan you. Nampak natural dan kena dengan muka you,” kata seorang lagi warganet.

image is not available

Untuk info, Lana menyatakan pembedahan terbaharunya itu menggunakan tulang rusuk berbanding plastik dan silikon bagi mengelakkan jangkitan.

Jelasnya lagi, pembedahan berikut merupakan pembedahan kali keempat yang dilakukan dalam proses membetulkan hidungnya yang patah.

image is not available 6 hari lalu

"Menggelupuh! Bedah B*rit Bila?" - Diva AA Sindir Lana Nodin Buat Hidung Di Korea Selatan?