Nampak rambut & dada, netizen tegur gaya tudung Fiza Halim

Women's Fashion
26 Jun 2023 • 12:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Fiza Halim mencuri perhatian peminatnya di laman Instagram apabila membeli-belah di sebuah butik beg berjenama mewah.

Menerusi satu perkongsian video, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim dilihat mengenakan pakaian kasual berserta tudung berwarna putih yang digayakan tidak seperti kebiasaannya.

Susulan gaya tudung kurang kemas itu, segelintir netizen mula mendakwa pelakon berusia 42 tahun itu seolah-olah memberi bayangan akan menanggalkan tudungnya tidak lama lagi.

Nampak rambut & dada?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menegur Fiza supaya tampil memakai tudung dengan lebih kemas sekali gus tidak menampakkan rambut selain dapat menutupi bahagian dadanya.

Dulu kemas je tudung

image is not available

Tudung ‘terbang’ tak lama lagi?

image is not available

Pakai elok sikit.. ni nampak leher rambut, dada terdedah

image is not available

Pakai macam tak nak pakai?

image is not available

Rimas kot musim panas?

image is not available

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan Elite itu mendapat kecaman hebat apabila dikatakan sering berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang tidak sesuai sebagai wanita berhijab.

Bagaimanapun, Fiza menjelaskan bahawa dia mengakui sudah lali dengan kecaman netizen yang dianggap sebagai motivasi untuk dirinya menjadi lebih semangat.

Sumber: Instagram Fiza Abdul Halim