“Nampak sangat aku dah tua…” Netizen Tak Sangka “Budi” Tentang Bulan Dah Ada Isteri & Anak

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 10:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Nampak sangat aku dah tua…” Netizen Tak Sangka “Budi” Tentang Bulan Dah Ada Isteri & Anak

Anak-anak era 90-an pasti ingat dengan filem Tentang Bulan yang pernah menjadi fenomena pada zaman dahulu.

Filem ini berkisarkan tentang kehidupan kanak-kanak di kampung dan menampilkan pelakon-pelakon cilik berbakat yang sangat popular ketika itu.

Ia berjaya menarik perhatian ramai sehingga diteruskan dengan drama bersiri.

Antara pelakon utamanya ialah Aedy Ashraf, Fatin Afeefa dan Erin Malek.

Namun, salah satu watak yang paling menarik perhatian ialah watak “Budi”, yang dilakonkan oleh Azhari Azizam.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok yang menunjukkan sepasang suami isteri bersama anak mereka sedang bercuti di Korea Selatan.

Alangkah terkejutnya warga maya apabila menyedari bahawa suami dalam video itu adalah Azhari Azizam, si “Budi” dari Tentang Bulan.

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan Azhari dan keluarganya bersiar-siar serta menghasilkan “content” di pelbagai lokasi indah di Korea.

Menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan keterujaan warga maya yang tidak menyangka Budi kini telah menjadi seorang suami dan bapa.

Rata-rata warga maya turut mengenang kembali zaman kegemilangan Azhari sebagai pelakon cilik suatu masa dahulu.

“Korang kenal dia dalam Tentang Bulan, aku kenal dia masa dia berlakon dalam Toyol,”

“Budi oh, dah besar rupanya. Dulu aku layan Tentang Bulan,”

“Perghh, dah ada anak! Aku layan dia masa Ceplos, zaman bila entah,”

“Budak ni dah kahwin ke? Nampak sangat aku dah tua. Tentang Bulan,”