
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Harimau Malaya merupakan satu-satunya spesies harimau belang yang terdapat di Malaysia dan sering diangkat menjadi simbol keberanian.
Namun spesies itu kini berisiko tinggi pupus di habitat liar dan diklasifikasikan sebagai Sangat Terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.
Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat harimau belang yang menjadi buruan manusia dan ada juga yang keluar dari habitat dan tersesat hingga ke lebuh raya dengan ada yang maut dilanggar kenderaan.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bangkai Harimau Belang Dalam Alza: 3 Lelaki Didenda RM250,000
Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Harimau Bukan Oyen, ‘Tempat Perlindungan’ Penuh Perilaku Tidak Beretika
Lelaki & Rakan Berdepan Dengan Harimau Belang
Baru-baru ini, satu video tular di TikTok (@ilmi.narawi) menyaksikan kejadian beberapa individu yang terserempak dengan seekor harimau belang.
Kelihatan seperti kawasan tersebut terletak di pinggir hutan, namun lokasi sebenar dirahsiakan oleh pemilik video mungkin untuk mengelakkan kehadiran pihak tidak bertanggungjawab di sana.
Mendengar kepada perbualan di dalam rakaman, dipercayai terdapat juga beberapa individu lain yang bersamanya ketika itu.
Harimau itu dilihat mengekori mereka dengan agak lama, namun mujur tidak bertindak agresif.
Dalam satu video lain pula, kedengaran dia memanggil seorang rakannya untuk memberitahu bahawa terdapat seekor harimau di situ. Rakannya kemudian menyorok di celah semak-samun.
Lelaki & Rakan Selamat, Harimau Tak Agresif
Walaupun berdepan dengan Pak Belang, namun dia kelihatan tenang dan tidak melarikan diri, sebaliknya dia perlahan-lahan mengundur ke belakang sehinggalah tiba ke sebuah kenderaan.
Kedengaran juga lelaki itu membuatkan ‘bunyi garang’ dan memegang ranting pokok, dipercayai untuk menakutkan haiwan liar tersebut.
Sebaik sahaja kenderaan dipandu, harimau itu dilihat melarikan diri masuk ke dalam semak-samun di tepi laluan itu.
Video itu telah mencecah 1.8 juta tontonan dengan lebih 40 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
@ilmi.narawi part 2 kejadian sebenar terserempak harimau belang
♬ original sound – Ilmi Narawi
Tonton video penuh [DI SINI].
Apa Perlu Buat Jika Terserempak Harimau?
Jika anda terjumpa Raja Rimba di mana-mana sahaja, segera hubungi pihak berkuasa, khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), dan JANGAN ambil tindakan sendiri.
Perhilitan akan datang ke lokasi anda dan menenangkan haiwan itu untuk membawanya bersama dan dipindahkan ke hutan yang lebih selamat.
Namun jika anda terserempak dengan harimau di tempat tanpa perlindungan, seperti ketika sedang hiking, elakkan daripada membelakanginya atau melarikan diri kerana anda akan dilihat sebagai mangsa.
Sebaliknya kekalkan pandangan mata dan berundur ke belakang secara perlahan sehingga tiba di kawasan selamat.
Boleh juga buatkan bunyi yang kuat dan membesarkan diri anda menggunakan apa-apa barang untuk menakutkan haiwan itu.
Baca Artikel Berkaitan: Harimau Dijumpai Di Batang Kali – Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Terjumpa ‘Pak Belang’
Ramai Rasa Sedih Dengan Nasib Harimau
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai tidak berasa seram melihat situasi itu, sebaliknya timbul perasaan sedih dengan nasib harimau tersebut.
Mereka berpendapat bahawa haiwan liar itu mungkin keluar ke kawasan lapang disebabkan oleh masalah penebangan hutan yang berlaku, sehingga tiadanya sumber makanan.
Ada juga yang menganggap haiwan itu mungkin berada dalam keadaan sakit dan memerlukan pertolongan sehingga menghampiri manusia.
“Patut kita ni kena bersedih. Sebab nampak sangat habitat haiwan musnah. Macam orang marah kera mari kacau rumah. Korang tak nampak ke manusia ni zalim sebab tangan-tangan manusia yang musnahkan alam,” kata seorang wanita.
“Kesian juga pada harimau tu terpaksa keluar ke kawasan terang sebab hutan dah tak ada lagi. Binatang buruan untuk dimakan pun dah tak ada bila hutan tak ada,” kata seorang lagi.
Dalam masa sama, ada juga yang meminta kerajaan agar mengambil tindakan demi memelihara harimau yang merupakan aset negara.












Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Harimau Malaya Berisiko Pupus Tidak Lama Lagi?
Baca Artikel Berkaitan: “Masalah Dunia Feline” – Ramai Geli Hati Lihat Kuku Harimau Tersangkut Pada Kain
