![Image from: “Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/2-Lelaki-dari-India-masak-nasi-lemak-versi-Malaysia-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ia tidak hanya dijadikan sebagai makanan untuk sarapan pagi sebaliknya pada bila-bila masa.
Bahkan ia juga merupakan menu wajib untuk dicuba bagi pelancong yang datang berkunjung ke negara ini.
2 lelaki dari India masak nasi lemak versi Malaysia
Baru-baru ini dua orang lelaki dipercayai warga emas daripada India menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat cuba memasak nasi lemak versi Malaysia.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Villatic Food kelihatan mereka menunjukkan setiap langkah membuat nasi lemak berkenaan.
Dalam video itu kelihatan mereka awalnya membasuh beras basmathi, sebelum mula menyediakan bahan-bahan lain.
Umum mengetahui nasi lemak turut dihidangkan dengan pelbagai sampingan seperti kacang, telur rebus, ikan bilis dan lauk seperti ayam goreng dan sebagainya.
Masak persis cara rakyat Malaysia buat nasi lemak
Kesemua bahan itu disediakan oleh dua lelaki berkenaan bahkan mereka turut memasaknya persis seperti bagaimana ia sering dilakukan di Malaysia.
Setiap proses seperti memasak sambalnya juga dilihat dilakukan penuh teliti dan menjaga kebersihan seperti cili kering dicelur dengan air panas, ikan bilis dan ayam dibasuh sehingga bersih.
Mereka dilihat mula menggoreng kacang sehingga keperangan sebelum menggoreng ikan bilis sehingga rangup.
Malah sedikit kelainan bagi ikan bilis tersebut, ia turut dicampur dengan serbuk cili mungkin untuk memberikan sedikit rasa pada ikan tersebut.
Bagi nasinya pula, kelihatan beras tersebut dimasak dengan santan, bawang putih dan halia. Malah untuk memberikan aroma lebih wangi daun pandan juga diletakkan sebelum menabur garam bagi memberikan rasa yang seimbang.
Siap perap ayam untuk buat ayam berempah
Ayam goreng pula diperap dengan salutan rempah-ratus seperti:
- Bawang merah
- Halia
- Bawang putih
- Jintan manis dan jintan putih
- Biji ketumbar
- Serbuk cili dan kunyit
- Daun kari
- Telur
- Garam
- Tepung
Kesemua bahan itu kemudiannya digaul dengan ayam dan diperapkan seketika sebelum digoreng sehingga rangup.
Bagi sambal pula, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis digiling sehingga lumat dan dimasak sehingga pecah minyak.
View this post on Instagram
Hidang atas daun pisang, ramai netizen ‘approved’ nasi lemak versi Malaysia oleh Villatic Food
Sebaik segala bahan selesai dimasak, kelihatan mereka menyediakan nasi lemak tersebut di atas daun pisang sebelum menikmatinya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum melihat nasi lemak yang dimasak oleh lelaki ini serta cara ia dihidang.
Ada juga mengatakan proses memasaknya juga bersih dan nasi lemak kelihatan begitu enak.
Bahkan ramai rakyat Malaysia turut meninggalkan komen dengan mengatakan mereka ‘approved’ nasi lemak yang dimasak oleh lelaki berkenaan.
“OMG, tabik dengan segala penyediaan. Mulut saya terliur.”
![Image from: “Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-india-masak-nasi-lemak-2.jpg)
“Pertama kali tengok orang luar negara masak nasi lemak sama macam kita buat. Tak olah sesuka hati macam orang lain.”
![Image from: “Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-india-masak-nasi-lemak-3-1.jpg)
“Ralit tengok uncle ni masak. Sedap nasi lemak tu”
![Image from: “Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-india-masak-nasi-lemak-3-3.jpg)






