Nampak tak kekok, Cik B sempoi pakai kain batik di rumah

Women's Fashion
20 Mar 2024 • 11:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sempoi pakai kain batik di rumah apabila beberapa Insta Story miliknya menunjukkan dia berpakaian ringkas tersebut.

Penampilan simple di rumah

Dia yang memakai baju T-Shirt dan kain batik sepertinya tidak kekok mengenakan kain basahan berkenaan di rumah apabila meneruskan aktiviti bermain snuker dengan adiknya, Kacak.

Cik B sempoi pakai kain batik, main snuker & mahu upgrade bilik

Dalam video yang lain, adiknya memberitahu yang Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18 sedang dalam proses mencantikkan bilik dan terlihat beberapa barangannya dibawa keluar serta diletakkan di dalam plastik di atas lantai rumah.

Cik B sempoi pakai kain batik, siap selfie lagi

Cik B turut berkongsi swafoto dirinya dengan berpakaian ringkas dan memperlihatkan kain batik yang digunakannya sambil menyertakan lagu dari kumpulan Hujan bertajuk Muda.

image is not available

Terdahulu, penampilan usahawan muda itu mengenakan pakaian serba hitam sambil bersiar-siar ditemani dengan beberapa pengawal peribadi telah mencuri perhatian ramai.

Selorohnya ketika itu, dia sudahpun mempunyai beberapa bodyguard sekarang dan hanya memerlukan kekasih sahaja untuk mendampinginya.

Sumber: Instagram cikb_havoc66

View Original Article