'Nampaknya jodoh sampai di sini sahaja' - Dayana Roza, suami bercerai talak satu, ikatan pernikahan lima tahun terlerai

LocalFamily & Parenting
26 Dec 2025 • 4:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Dayana Roza mengesahkan sudah bercerai sejak 18 Disember lalu.

Awalnya, pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, itu dikatakan dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh tersebut namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkannya berkenaan hal itu.

Memetik laporan Kosmo, pelakon drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia memaklumkan memang dia hadir ke mahkamah tersebut untuk bercerai dengan usahawan A’dale Adham Ayahudin.

“Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah,” katanya.

Berkongsi punca perpisahan, Dayana berkata dia dan bekas suami sudah tiada persefahaman. Malah usaha menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan.

image is not available

“Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” ujarnya.

Menurut, Dayana yang memiliki dua cahaya mata akan kembali berlakon demi tanggungjawab kewangan dan masa depan anak-anak.

“Saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak-anak. Insya-ALLAH kalau ada tawaran yang sesuai dan kena dengan waktu, saya akan terima. Saya masih menjaga anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan perhatian.

“Sebelum ini saya banyak tolak tawaran lakonan demi menumpukan perhatian kepada keluarga. Tetapi kini, saya perlu kembali mencari rezeki demi anak-anak,” kongsinya.

Imbas kembali, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020.

Lima tahun berumah tangga, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya 4 dan Aryan Andika 2.

Sumber: Kosmo