Nanta sumbang sebulan gaji buat tabung Palestin

Politics
15 Nov 2023 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Alexander Nanta Linggi

SHAH ALAM - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi sumbangan sebulan gaji sebagai menteri kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Menurutnya, beliau bersama-sama warga Kementerian Kerja Raya (KKR) dan sektor swasta telah berjaya mengumpul sebanyak RM454,140.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, warga KKR turut sama merasa dukacita di atas tragedi yang menimpa rakyat Palestin.

“Tabung ini merupakan inisiatif murni Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Luar Negara (KLN),” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, Nanta berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban rakyat Palestin kesan daripada peperangan yang melanda negara itu.

“Terima kasih saya ucapkan atas kemurahan hati semua. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik semua,” ujarnya.