“Nanti Kau Pulak Kena Block Macam Puteri Sarah” – Netizen Dakwa Syamsul Yusof ‘Delete’ Komen Ira Kazar?

23 Jan 2023 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun sedang dibelenggu dengan masalah rumah tangga, pengarah popular iaitu Syamsul Yusof kini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk pembikinan filem The Original Gangster.

Pengarah berusia 38 tahun itu turut berkata, dia enggan diganggu buat masa ini kerana mahu fokus untuk pembikinan filem itu.

Namun, penerbit iaitu Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan masalah rumah tangga yang dihadapi Syamsul sedikit sebanyak menganggu fikirannya di set.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Syamsul turut berkongsi rakaman video latar belakang di set lokasi penggambaran filem itu.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai apabila isteri keduanya, Ira Kazar juga tidak ketinggalan meninggalkan komen di hantaran tersebut.

Bagaimanapun, komen tersebut dikatakan ‘hilang’ dan rata-rata netizen mendakwa Syamsul telah memadam komen Ira bagi menggelakkan kecaman.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, pengguna media sosial menganggap tindakan Ira itu sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Malah, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen tersebut dipadam kerana meminta agar anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu terus mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan bertambah keruh.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hari lalu

"Boleh Nampak Dia Kusut.." - Rumah Tangga Dilanda Masalah, Fikiran Syamsul Yusof Terganggu Di Set Penggambaran