“Nanti Saya Minta Tolong Netizen Ajar Ya” – Panas Hati Bila Dikritik, Iqbal Zulkefli Perli Individu Komen Salah Ejaan

Music
23 Oct 2023 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli terlihat telah mencuba untuk menjejakkan kaki dalam bidang seni. Menerusi hantaran di Instagram, dia memuat naik semula rakaman dirinya sedang berlatih bersama guru vokal.

Menurutnya, jika dia hendak betul-betul menguasai bidang ini, sekurang-kurangnya perlu belajar secara konsisten selama lima tahun. Iqbal juga sedar tahap vokalnya masih tidak setanding penyanyi lain.

Saya bukan nak jadi penyanyi profesional. Saya memang suka belajar. 10 guru vokal saya jumpa, semua kata saya boleh menyanyi.

Tambahnya lagi, Iqbal berasa bangga kerana tidak semua penyanyi yang pernah menghasilkan album berani untuk menyanyi di atas pentas seperti dirinya. Baginya, bakat penyanyi pentas berbeza dengan bakat penyanyi rakaman.

“Dia memang boleh nyanyi, cuma tak kena tempoh” Tempoh tu tempoh iddah kalau orang bercerai dik.

image is not available

Sumber : Instagram  

Melihat di ruangan komen salah satu hantaran artikel lain berkenaan Iqbal, ada yang memberikan komen mengatakan usahawan itu memang ada bakat menyanyi cuma tidak tahu mengikut tempo. Disebabkan salah ejaan, habis dibidas dan diperli oleh usahawan ini.

Tidak mahu mengalah kerana dikomen begitu, Iqbal jugak telah memuat naik screenshot itu di story, mengajak warganet yang lain untuk ‘mengajar’ individu berkenaan.

Untuk info, Iqbal sempat menjadi salah satu peserta di program realiti Big Stage pada tahun lepas.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Buat Apa Dekat Situ, Jangan Cakap.." - Terlihat Bersama 'Mak Nyah', Netizen Tertanya Itu Betul Iqbal Zulkefli Ke