“Nanti Temanlah Aku Bersalin Kalau Aku Sorang”, Komen Balas Aisyah Hijanah Buat Ramai Sedih

Entertainment
1 Dec 2023 • 9:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu yang melanda dalam rumah tangga pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega masih kecoh di media sosial sehingga ke hari ini.

Terbaru! Tular satu video di TikTok menunjukkan screenshot komen Aisyah ditulis pada 10 November lalu yang membuatkan ramai berasa sedih apabila membacanya.

Aisyah telah membalas komen rakannya yang teruja untuk menunggu dia melahirkan anak ketiga.

image is not available

Komen Aisyah telah menarik perhatian netizen, di mana dia berharap agar rakannya itu menemani sewaktu bersalin seandainya ketika itu tiada suami disisi.

Kalau korang tengok ruangan komen hantaran itu, ramai yang merasakan bahawa Aisyah sudah lama tahu mengenai Alif mempunyai isteri kedua, Fatin Umaidah.

image is not available

Bukan tu jer, ada juga netizen yang berasa sakit seorang ibu yang sedang hamil mengetahui suami mempunyai wanita lain disisi.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.