Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin buruk dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat mendadak kepada 1,070 orang daripada 321 keluarga.
Peningkatan itu berikutan pembukaan empat lagi PPS baharu menjadikan keseluruhannya kini sebanyak 11 buah melibatkan tiga daerah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Nerus menunjukkan peningkatan mangsa kepada 564 orang daripada 166 keluarga.
“Mereka kini berlindung di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal, Dewan Flat Batin Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) MTeluk Ketapang, SK Bukit Nenas, SK Bukit Tunggal, Dewan Serbaguna Wakaf Catur dan Balai Raya Banggol Tok Jiring.
“Seramai 496 mangsa daripada 152 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di Kuala Terengganu iaitu SK Chendering, SK Atas Tol dan SK Pasir Panjang,” katanya.
Sementara itu, situasi banjir yang berlaku telah membuatkan beberapa rakyat di negeri sana meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan pihak pentadbiran negeri yang seolah tidak bertindak lebih awal menangani isu ini dari terus berlaku.
Kekgi tengoh hujan ni baru sibuk nok ator escavator, korek itu gali sini.
Masa ceroh tanoh tu duk wak pender??? Ngaji tinggi belake. Dari dulu sampai lening supetuler je .
Tahun depan? Sama gok #MonsoonTerengganu pic.twitter.com/IPYdBjyK4x
Katanya, apabila kejadian banjir ini berlaku, baru tindakan dibuat.
“Nanti tengah hujan, baru nak sibuk aturkan escavator, korek dan gali sana sini.
“Masa cuaca tengah cerah, buat apa? Dari dulu sampai sekarang serupa saja,” tulisnya.
The post ‘Nanti tengah hujan, baru nak sibuk korek & gali sana sini’ – Individu kecewa, kerajaan Terengganu gagal bertindak awal tangani isu banjir appeared first on The Reporter.

