Nantikan Sidang Media Pertama Perdana Menteri Ke-10, Dijangka 8 Malam Ini

Politics
24 Nov 2022 • 7:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nantikan Sidang Media Pertama Perdana Menteri Ke-10, Dijangka 8 Malam Ini

Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan sidang media pertamanya pada malam ini.

Menurut Bernama, pengamal media kini sedang berkumpul di Sungai Long Club House, Kajang dimana sidang media tersebut dijangka akan bermula kira-kira jam 8 malam ini.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan itu sah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas menjalani Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pada jam 5.07 petang tadi.

Istiadat berkenaan disempurnakan di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Siakap Keli juga melaporkan mengenai reaksi warganet selepas perlantikan DSAI sebagai Perdana Menteri melalui hantarannya di Facebook baru-baru ini.

image is not available
Keratan artikel terdahulu

Berdasarkan artikel di atas, hantaran ringkas tersebut telah meraih perhatian rakyat Malaysia dan menerima lebih 60,000 tanda suka dan dikongsi lebih 3,100 kali serta lebih 8,000 komen ditinggalkan.

Mengambil kira respon yang diterima oleh hantaran tersebut, sidang media pertama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dijangka akan diikuti oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Bagaimanapun setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan intipati sidang media tersebut. Sama-sama kita nantikan sebentar lagi.

Sumber: Bernama via Twitter