Napoli tamatkan penantian 33 tahun muncul juara Serie A

Football
5 May 2023 • 9:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Napoli meraikan kejayaan menjuarai Serie A. - Foto EPA

NAPOLI mengesahkan kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun apabila jaringan Victor Osimhen memberikan satu mata berharga dalam keputusan seri 1-1 menentang Udinese, awal pagi Jumaat.

Setelah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan di hadapan peminat mereka sendiri Ahad lalu, Napoli hadir ke Dacia Arena dengan mengetahui satu mata sudah cukup untuk menjuarai Scudetto pertama mereka sejak era Diego Maradona.

Osimhen yang meledak gol jaringan ke-22 liga musim ini memastikan Napoli menuntut mahkota Serie A ketiga, membatalkan gol pembukaan Sandi Lovric.

Udinese tidak berjaya mendapatkan jaringan tambahan sekali gus gagal menangguh hari yang cukup bersejarah buat Napoli.

"Untuk dibandingkan dengan Maradona untuk menjulang Scudetto, saya tidak mempunyai kata-kata.

"Ini bukan gelaran saya, ia milik setiap pemain dan orang yang bekerja untuk merealisasikan impian kami," kata kapten Napoli, Giovanni Di Lorenzo.

Spalletti dan skuadnya akan menerima sambutan yang penuh emosi apabila mereka kembali ke Naples, di mana pesta seluruh bandar itu akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina Ahad ini.

"Melihat orang Neapolitan gembira sudah cukup untuk memberikan anda rasa kegembiraan yang mereka rasai.

"Mereka ini akan melihat saat ini apabila hidup semakin sukar, mereka mempunyai hak untuk meraikan seperti ini. Anda berasa lebih santai kerana mengetahui bahawa anda memberi mereka kebahagiaan ini," kata pengendali Napoli, Luciano Spalletti yang dilihat mengalirkan air mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved