Narwal, jenama perkakasan rumah pintar kini melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan tiga peranti terkini iaitu Narwal Freo Flow, Narwal Freo X10 Pro dan Narwal S30 Wet Dry Vacuum. Ia direka dengan ciri tersendiri untuk memenuhi keperluan pembersihan berbeza di rumah bagi menjadikan rutin harian lebih efisien.

Narwal Freo Flow ialah robot vakum minimalis dengan dermaga pintar yang direka untuk mudah digunakan dalam pelbagai ruang rumah. Ia menawarkan kuasa sedutan 22,000 Pa dan beroperasi dengan senyap dimana sesuai untuk membersihkan habuk, bulu haiwan peliharaan serta kekotoran lain tanpa mengganggu suasana rumah.

Dermaganya menyokong cucian mop menggunakan air panas antara 45°C hingga 80°C lengkap dengan fungsi pembersihan menyeluruh dan pengeringan udara suam bagi mencegah bau serta pembentukan kulat. Selain itu, sistem ini turut menyokong pengisian dan pengaliran air secara automatik serta mampu menyimpan habuk sehingga 120 hari bagi mengurangkan keperluan penyelenggaraan secara kerap.

Freo Flow dilengkapi bateri 6,400 mAh untuk penggunaan lebih lama. Sistem mopnya boleh membersih sendiri secara automatik dengan 110 bilasan seminit. Manakala, tangki berkembar terbina memastikan air bersih dan kotor sentiasa terasing untuk cucian yang konsisten. Teknologi pintar disediaka turut boleh melaras sedutan, ketinggian dan tekanan mop secara automatik mengikut jenis permukaan untuk memastikan pembersihan lebih berkesan.

Narwal Freo X10 Pro juga merupakan robot vakum dengan dermaga pintar terbina. Ia menawarkan kuasa sedutan sehingga 11,000 Pa dan beroperasi di bawah 57dB. Robot vakum ini dilengkapi berus Zero-Tangling dan Anti-Tangle Side Brush untuk mengurangkan penyelenggaraan.

Teknologi EdgeReach Mop Extension dan EdgeSwing disokong boleh memastikan sudut sempit serta tepi dinding dapat dibersihkan dengan teliti. Dermaga kendiri pula menyokong pengosongan automatik, pengeringan bekas habuk dan mop pada suhu 40–45°C bagi mencegah bau serta pembiakan bakteria.

Dikuasai oleh bateri 5,200 mAh, Freo X10 Pro mampu beroperasi sehingga 219 minit dengan fungsi vakum dan mop serentak. Tangki berkembar berkapasiti 5L disediakan boleh memuatkan air bersih dan 4.75L untuk air kotor bagi memastikan cucian lebih bersih. Ia juga tahan lasak dengan persijilan IPX2 serta disertakan jaminan selama 1 tahun.

Narwal S30 Wet Dry Vacuum ialah mesin pembersih hampagas nirwayar yang mampu mengosongkan dan mengemop secara serentak. Ia dilengkapi kuasa sedutan sehingga 20,000 Pa untuk membersih kotoran basah dan kering dengan berkesan. Fungsi pembersihan kendiri memastikan berus sentiasa bersih antara penggunaan manakala paparan terang memudahkan pemantauan status secara masa nyata.

Sistem Cut & Comb De-Tangle disediakan boleh bantu mengelakkan rambut daripada berbelit manakala Triple Edge Precision akan memastikan pembersihan lebih dekat ke tepi dinding. Sistem kitaran air yang cekap mengekalkan pengasingan antara air bersih dan kotor untuk hasil cucian yang bersih. S30 Wet Dry Vacuum turut menyokong mod pembersihan mengikut jenis lantai.

Bagi yang berminat, Narwal Freo Flow ditawarkan pada harga RM5,499, Narwal Freo X10 Pro berharga RM2,699 manakala Narwal S30 boleh dimiliki dengan harga RM1,699.
