Nas Ahmad meninggal dunia akibat kekurangan oksigen

LocalEntertainment
1 May 2025 • 1:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DUNIA

hiburan tempatan menerima perkhabaran duka apabila bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad kembali ke rahmatullah jam 9.49 pagi tadi.



Nas atau sebenarnya Md Nasir Ahmad, 65, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di Hospital Besar Sungai Buloh semalam.



Memetik portal berita tempatan, menurut menantunya, Nas terdahulu dibawa ke hospital dengan ambulans dan dimasukkan ke Zon Merah akibat kekurangan oksigen.



image is not available



Semasa rawatan, arwah banyak bergantung kepada alat bantuan pernafasan.



"Pagi tadi, kami terima panggilan daripada pihak hospital menyatakan arwah sudah tiada. Sekarang, jenazah masih di bahagian forensik," kata menantunya, Farhana Nazlin Mohamad.



Beliau juga memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara sebelum Asar hari ini selepas diuruskan di Surau As Sahabbah, Seksyen 7, Kota Damansara.



Terdahulu, Nas atau lebih dikenali sebagai Abang Nas mengejutkan industri hiburan apabila fotonya kelihatan uzur akibat masalah jantung tular. Selain sakit jantung, beliau juga mengalami masalah penglihatan akibat katarak.



Allahyarham yang terkenal menerusi slot

Terjah

menerima pengiktirafan sebagai

Ikon Melodi dan

pernah menerima sumbangan bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.



Sumber: