NASA Akan Membangunkan Piawaian Waktu Untuk Bulan

WorldTechnologyDigitalSpace
3 Apr 2024 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Manusia akan kembali ke bulan dan membina markas pertama mereka di sana menerusi Misi Artemis. Kerana bulan akan bulan lagi menjadi tempat persinggahan sementara, sebuah piawaian waktu khusus untuk bulan akan dibangunkan oleh NASA dengan bantuan sekutu mereka.

image is not available

Rumah Putih telah mengarahkan NASA untuk mula membangunkan piawaian Waktu Bulan Diselaraskan (LTC) dengan ia akan memerlukan sebuah jam atomik diletakkan di permukaan bulan. Waktu sehari di bulan adalah 56 mikrosaat lebih pendek berbanding di bumi. Oleh itu piawaian waktu tersendiri diperlukan bagi memastikan sistem GPS, roket, dan perhubungan di bulan adalah selari bagi mengelakkan sebarang isu.

LTC akan memerlukan persetujuan 36 negara yang menandatangani Perjanjian Artemis yang dipersetujui pada tahun 2020. Permukaan bulan kelak akan menjadi batu loncatan untuk manusia memulakan penerokaan ke Marikh dan seterusnya mula di tinggal di planet selain bumi sejak dari azali. Misi Artemis akan menjadi kali pertama manusia kembali ke bulan sejak 1972. Selain Amerika Syarikat, Jepun, India, Rusia dan China juga ingin menghantar angkasawan ke permukaan bukan.