NASA Dedah Letusan Suar Suria Kuat Berlaku 2 Mei Lepas

Space
4 May 2024 • 11:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

NASA Dedah Letusan Suar Suria Kuat Berlaku 2 Mei Lepas

Matahari dilapor melepaskan suar suria kuat pada 2 Mei lepas, yang mencapai kemuncaknya pada pukul 10.22 malam (waktu Amerika Syarikat).

Menurut NASA, fenomena berkenaan berjaya dikesan oleh Balai Pencerapan Dinamik Suria yang secara berterusan memerhati bintang tersebut.

Badan pentadbiran angkasa lepas itu kemudian mengkelaskan suar suria yang berlaku sebagai suar kelas X1.6.

Kelas X menandakan letupan suar yang paling tegang, manakala nombor di belakangnya pula merujuk kepada kekuatan letupan suar berkenaan.

NASA berkata, suar suria yang berlaku merupakan letupan tenaga yang kuat. Nyalaan dan letusan suria boleh memberi impak kepada aktiviti komunikasi radio, grid kuasa elektrik, isyarat navigasi dan menimbulkan risiko kepada kapal angkasa serta angkasawan.

Dalam pada itu, NASA turut berkongsi beberapa foto kejadian suar suria berkenaan menerusi platform media sosialnya.

Maksud disebalik kelas X oleh NASA

Menurut portal HT Tech, NASA mengelaskan suar suria dengan kelas A (paling lemah), B, C, manakala M dan X adalah yang paling kuat. Pengelasan yang dibuat boleh disamakan dengan pengelasan skala Richter yang pernah digunakan untuk mengukur gempa bumi.

Untuk pengetahuan anda, setiap huruf dalam pengelasan suar suria ini menunjukkan pembebasan tenaga 10 kali ganda daripada kelas sebelumnya.

Misalnya, kelas X mempunyai tenaga 10 kali ganda daripada letupan kelas M dan 100 kali ganda daripada kelas C.

Sumber: NASA, HT Tech

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved