Misi Artemis akan mengembalikan manusia ke bulan menjelang 2026. Misi ini tertangguh kerana isu pada pelancar, unit pendaratan dan juga kapal yang membawa angkasawan. Sungguhpun begitu NASA sudahpun mempunyai perancangan untuk membina sebuah markas di permukaan bulan dan bagi merealisasikannya, kapal kargo angkasa perlu dibangunkan.

Oleh itu NASA mengumumkan mereka akan melantik SpaceX dan Blue Origin untuk membina kapal angkasa kargo. SpaceX dijangka mengubahsuai kapal angkasa Starship yang boleh membawa sehingga tiga kenderaan permukaan bulan rekaan Toyota untuk JAXA menurut imej pengolokan yang dihasilkan. Sistem Blue Origin pula sekadar boleh membawa satu.

Dua sistem berbeza dibangunkan kerana NASA ingin mempunyai pilihan mengikut misi serta memastikan terdapat sistem sandaran jika salah satu menghadapi masalah. SpaceX perlu menghantar kenderaan ke bulan menjelang 2032 sementara Blue Origin menghantar sebuah unit habitat menjelang 2033.
