NASA Kongsi Imej Terbaru Komet 3I/ATLAS

WorldSpace
20 Nov 2025 • 10:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

NASA Kongsi Imej Terbaru Komet 3I/ATLAS

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan beberapa imej terbaru komet 3I/ATLAS hari ini.

Menurut NASA, komet yang pertama kali dikesan pada Julai lalu itu adalah objek asing ketiga yang dilihat melintasi sistem suria kita dari bahagian lain dalam galaksi.

“Imej pertama diambil oleh Mars Reconnaissance Orbiter, yang merakamkan 3I/ATLAS dari jarak 19 juta batu pada 2 Oktober 2025.

“Laluan pergerakannya tidak akan menghampiri Bumi lebih dekat daripada 170 juta batu hampir dua kali jarak antara bumi dan matahari.

“Semua pemerhatian daripada kapal angkasa dan teleskop kita setakat ini menunjukkan bahawa 3I/ATLAS ialah sebuah komet,” katanya.

image is not available
Kredit: NASA

Menerusi kenyataan di Instagram mereka, NASA berkata objek seperti ini memberi peluang unik kepada para saintis untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komposisi sistem suria lain di luar sistem kita.

“Oleh itu, ahli astronomi sedang memantau komet 3I/ATLAS dengan teliti sepanjang laluannya mengelilingi Matahari.

“Kami masih mengkaji komet ini menggunakan beberapa misi angkasa lepas, antaranya kapal angkasa Lucy yang sedang menuju ke asteroid belt, satelit PUNCH yang memerhati matahari dari orbit rendah bumi dan Rover Perseverance yang berada di Marikh,” katanya lagi.

https://www.instagram.com/p/DRQE-xqk861/?img_index=2

BACA: Teleskop James Webb Kesan Kewujudan Hidupan Di Planet Selain Bumi

Kapal angkasa Mars Atmsophere and Volatile Evolution (MAVEN) pula berjaya memperolehi imej ultraviolet. Menurut saintis, imej itu juga berfungsi untuk mereka memahami komposisi dan bahan yang membentuk komet itu.

Sementara itu, beberapa misi helofizik dari NASA mempunyai keupayaan unik yang mampu memerhati keadaan kawasan langit yang berhampiran matahari.

Keupayaan ini membolehkan mereka menjejaki komet 3I/ATLAS ketika ia melintasi belakang matahari jika dilihat dari bumi.

Beberapa teleskop dari NASA,  Solar Terrestrial Relations Observatory (STEREO) telah berjaya menangkap imej komet itu dari 11 September hingga 2 Oktober.

Selain itu, European Space Agency (ESA) dan NASA telah bekerjasama melalui Solar and Heliospheric Observatory (SOHO) untuk memerhatikan komet tersebut dari 15 hingga 26 Oktober.

Beberapa imej dari PUNCH yang dilancarkan awal tahun ini berjaya merekod imej ekor komet tersebut semasa pemerhatian dari 20 September hingga 3 Oktober.

Pada 8 dan 9 September, kapal angkasa Pscyche membuat empat pemerhatian komet dalam tempoh lapan jam dari jarak 33 juta batu.

Pada 16 September pula, kapal angkasa Lucy telah mengambil satu siri imej dari jarak 240 juta batu. Dengan menggabungkan imej-imej ini, saintis dapat melihat butiran koma (awan gas dan debu) serta ekor komet dengan lebih jelas.

BACA: Teleskop NASA Rakam Komet Terpantas, Kembara Sejak Berbilion Tahun Lalu

Teleskop ATLAS yang dibiayai NASA di Chile turut berjaya menemui 3I/ATLAS pada 1 Julai.

Pada bulan yang sama juga, komet itu diperhatikan oleh Teleskop Angkasa Hubble NASA. Pada bulan Ogos pula, Teleskop James Webb NASA dan SPHEREx berjaya menangkap imej tersebut.

Menurut NASA lagi, komet ini akan berada paling hampir dengan Bumi sekitar Jumaat, 19 Disember pada jarak 170 juta batu, iaitu dua kali jarak antara bumi dan matahari.

Kapal angkasa NASA juga akan terus memerhati komet tersebut sepanjang perjalanannya melalui sistem suria, ketika ia dikatakan akan melintasi musytari pada musim bunga 2026.

Sumber: NASA

The post NASA Kongsi Imej Terbaru Komet 3I/ATLAS appeared first on Siakap Keli.

View Original Article