Pada tahun 2022, satelit DART dihempaskan ke permukaan asteroid Dimorphos pada kelajuan melebihi 22,000 km/j. Misi ini dilakukan bagi melihat sama ada teknik menghentam DART yang sebesar mesin layan diri ke permukaan Dimorphos selebar 170 meter akan mengubah hala tujunya.

NASA minggu ini menerbitkan laporan akhir yang mengesahkan teknik hentaman DART adalah kejayaan pertama manusia memesongkan objek angkasa lepas daripada orbit mengelilingi matahari.
Bukan sahaja orbit Dimorphos diubah, orbit asteroid induk Didymos yang berhampirannya juga berjaya berubah. Secara keseluruhan orbit kedua-dua asteroid kini berubah pada kadar 1.7 inci setiap jam. Walaupun perubahan ini kecil, jika diberikan masa dapat memesongkan asteroid yang dalam perjalanan menghentam bumi di masa depan.
Ini menjadikan plot filem Armageddon lebih mudah. Sebenarnya tidak perlu menghantar pekerja pelantar minyak menggerudi asteroid untuk menanam senjata nuklear. Manusia hanya perlu meletupkan senjata nuklear untuk memesongkan arah perjalanan asteroid.
