NASA sahkan tarikh kemusnahan dunia seperti diramalkan Stephen Hawking

WorldSpace
31 Oct 2024 • 11:35 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

NASA baru-baru ini mengesahkan ramalan oleh ahli fizik terkenal, Stephen Hawking, mengenai ancaman besar yang boleh menyebabkan kemusnahan dunia.

Agensi angkasa lepas itu menjelaskan, dunia kini berdepan ancaman serius yang mungkin berlaku lebih cepat daripada jangkaan.

Dalam dokumentari bertajuk “The Search for a New Earth” (Pencarian Bumi Baharu), Hawking memberi amaran bahawa, manusia hanya mempunyai masa sehingga tahun 2600 untuk memelihara planet ini, sebelum ia bertukar menjadi ‘bebola api gergasi’.

Hawking mengaitkan ramalan ini dengan pemanasan global, perubahan iklim, dan kesan rumah hijau, yang dianggap sebagai penyebab utama kepada kemusnahan bumi.

Jelas NASA, walaupun mereka tidak dapat memberikan tarikh yang tepat, penemuan ini menunjukkan jika manusia berterusan menggunakan sumber tenaga secara tidak terkawal, kesannya akan berlaku lebih cepat daripada yang dijangka.

Dalam usaha untuk melindungi bumi, NASA terus melaksanakan pelbagai program pencegahan dari dalam dan luar angkasa. Salah satu usaha mereka ialah membangunkan program baharu untuk mengesan ancaman kepada bumi, seperti kesan hentaman asteroid.

NASA juga giat mengkaji perubahan iklim untuk mengurangkan kesannya dan menumpukan sumber kepada pemantauan bumi. – Agensi

View Original Article