NASA Terputus Hubungan Dengan Voyager 2 Yang Kini 20 Bilion KM Dari Bumi

TechnologyDigital
31 Jul 2023 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proba angkasa lepas Voyager 2 telah terputus hubungan dengan NASA sejak 21 Julai lalu. Ini diumumkan oleh NASA sendiri pada hujung minggu lalu. Pada 21 Julai arahan diberikan kepada Voyager 2 yang menyebabkan antena yang menerima dan menghantar data tidak lagi menghala ke bumi. Oleh sebab itu ia kini terputus hubungan dengan pusat kawalan NASA.

image is not available

NASA tidak panik kerana Voyager 2 telah diprogramkan untuk melakukan orientasi antena ke arah bumi beberapa kali setahun. Orientasi yang seterusnya dijadualkan berlaku pada 15 Oktober. Sekiranya hubungan masih lagi terputus, Voyager 2 yang kini terletak 19.9 bilion km dari bumi akan hilang selama-lamanya.

Voyager 2 dilancarkan pada tahun 1977 dan kini sudahpun melepasi ruang antara najam. Misi asalnya ialah hanya mengembara ke Musytari dan Zuhal dalam misi yang mengambil masa empat tahun. Tetapi selepas 45 tahun ia masih beroperasi dengan NASA mengurangkan tenaga kepada beberapa instrumen sains yang dibawa bagi membolehkan ia beroperasi sehingga 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved