Nasha Aziz Dedah Prosuder Terkenal Masih Belum Bayar Tunggakan Dari Februari – “Drama Pun Dah Habis Tayang”

15 Aug 2023 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres tinggi lampai, Nasha Aziz kecewa masih belum menerima bayaran selepas selesai berlakon untuk sebuah drama bersiri yang ditayangkan tahun lalu.

Kata Nasha, dia masih belum terima baki bayaran yang tertunggak sebanyak 30 peratus daripada syarikat produksi milik produser terkenal itu.

Tambah aktres berusia 52 tahun itu, baki tersebut sepatutnya dijelaskan sepenuhnya pada Februari lalu, selepas drama yang turut dibintangi Intan Najuwa dan Yusuf Bahrin itu selesai ditayankan hujung tahun lepas.

Sehingga kini saya masih belum mendapat baki bayaran sebanyak 30 peratus itu. Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang seni, ini kali pertama perkara sebegini berlaku.”

image is not available

Bukan hanya Nasha, tetapi difahamkan beberapa individu termasuk pengarah dan pengarah fotografi juga masih belum dibayar sepenuhnya untuk projek drama yang berlainan.

Kalau ada sebarang masalah, saya sedia untuk berbincang dengan pihak produksi terbabit. Saya sudah selesaikan tugas saya. Drama tersebut juga sudah habis ditayangkan, jadi tolong bayar duit saya.”

Jelas model itu lagi, sebelum ini produser terbabit memberi kerjasama dan menjawab panggilan telefon namun makin lama dia perlahan-lahan mendiamkan diri.

image is not available

Bagaimanapun, Nasha akui kesilapan itu juga berpunca daripadanya yang melakukan perjanjian tanpa sebarang hitam putih, mungkin kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain.

image is not available 1 week ago

"Aku Dah Beranak Pinak, Dia Umur 52 Still Maintain" - Ini Baru Betul Top Model! Nasha Aziz Buat Netizen 'Terpukau'