
Umum mengetahui ekonomi ketika ini semakin menghimpit rakyat dan banyak barang seperti barangan basah mula meningkat.
Oleh itu, perkara ini sedikit sebanyak membuatkan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga makanan mereka untuk menampung kos perniagaan.
Namun tidak kurang juga ada peniaga yang masih menetapkan harga yang murah asalkan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Restoran jual nasi arab ayam seekor RM35, nasi arab kambing panggang sekilo RM58
Baru-baru ini, satu akaun di TikTok, Truly Nogori Sembilan telah berkunjung ke Restoran Nasi Tambah Kira Halal Ekspres di Kampung Baharu Labu Lanjut, Sepang yang menjual nasi arab ayam seekor berharga RM35 sahaja.
Menerusi video tersebut, awalnya peniaga wanita itu menerangkan dia menjual nasi yang hidang dalam satu talam besar dan sekiranya pelanggan ingin menambah ia adalah percuma dan tidak dicaj.
Ketika ditanya apakah menu yang istimewa, wanita itu mengatakan menu spesial adalah set nasi arab ayam seekor berharga RM35, serta set nasi arab kambing panggang sekilo bernilai RM58.
Boleh dimakan sekitar 4 hingga 5 orang
Ujarnya lagi, satu dulang nasi arab itu boleh dimakan oleh sekitar empat hingga lima orang. Selain ayam, nasi itu turut dihidangkan bersama dengan salad serta sos ‘hara’.
Selain itu, mereka turut menunjukkan bagaimana kambing itu dipanggang dan diletakkan pada nasi yang dipesan.
Dalam masa sama, Truly Nogori Sembilan tidak melepaskan peluang untuk merasai nasi arab ayam dan menyifatkan rasanya sedap.
Malah dia juga mengatakan tidak hairanlah restoran itu dikunjungi orang ramai kerana ia murah serta sedap.
Selain itu, mereka juga turut mempunyai lamb shank di restoran berkenaan.
“Nasi tambah kira halal. Tambah sebelum bayar, lepas bayar akan caj. Jadi bagitahu nak tambah atau tak. Tambah lauk akan dicaj,” katanya di ruang kapsyen.
Restoran ini beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 5 petang dan dibuka setiap hari Sabtu hingga Khamis. Ditutup pada hari Jumaat.
Alamat restoran: Restoran Nasi Tambah Kira Halal di Kampung Baharu Labu Lanjut, Sepang, Selangor.
Waktu operasi: 12 tengah hari – 5 petang (Setiap hari Sabtu-Khamis).
Cuti: Jumaat.
📍Nasi Tambah Kira Halal Ekspres QPR5+8H, Kampung Baharu Labu Lanjut, 43900 Sepang, Selangor Jam : 12:00pm – 5:00pm Buka: Sabtu – Khamis (Jumaat Tutup) Nasi tambah kira halal. Tambah Sebelum bayar. Lepas bayar akan caj. So bagitahu nak tambah atau tak. Tambah lauk akan caj. @NATKHSEPANG #trulynogori9 #trulyKL#nasiarab #nasibiryani #nasibriyani #Tambahkirahalal #portbestmakansenawang #portbestmakansepang #portbestmakannilai
Ramai tertarik dengan nasi arab, rupanya ada cawangan di Puchong
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut ingin mencuba makanan disediakan restoran berkenaan.
Di dalam komen, Truly Nogori Sembilan turut mengatakan restoran ini turut mempunyai cawangan lain di Puchong, Selangor.
Video tersebut turut tular di X dan mendapat perhatian pengguna aplikasi berkenaan.
Fuh Nasi Arab Ayam Sekilo RM35 je.
— ًِ (@bckupacc99) November 11, 2024
if nak tambah nasi kira halal, ini mencari rezeki sambil bersedekah 👍
semoga owner kedai dimurahkan rezeki berlipat ganda. pic.twitter.com/F9HLHJS0J3
“Wah dekat dah dengan Putrayaja, boleh pergi ni”

“Bangga tengok orang melayu kita mencari rezeki sambil bersedekah, semoga perniagaan bertambah maju”

“Saya baru makan alhamdulillah sedap kena dengan tekak. Anak-anak pun suka. Moga dilimpahkan rezeki buat pemilik nasi arab ni”





