Nasi ayam penyet jadi menu berat pertama dijamah Faisal Halim di wad biasa

16 May 2024 • 5:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nasi ayam penyet jadi menu berat pertama yang dijamah tonggak utama pasukan Harimau Malaya, Faisal Halim sesudah dia dipindahkan ke wad biasa di sebuah hospital swasta.

Tapi belum dapat nasi kandar

Memetik laporan dari Harian Metro, Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Shahril Mokhtar yang berkesempatan menziarahi Faisal dimaklumkan pemain berkenaan menjamah menu terbabit pada hari semalam.

“Saya difahamkan dia ada makan ayam penyet semalam, walaupun dia mengidam nasi kandar.

“Dia masih belum berkesempatan untuk menjamu selera makanan itu (nasi kandar),” kata Shahril.

image is not available

Selain nasi ayam penyet, anak juga diberi kebenaran melawat

Dalam pada itu, Shahril juga memberitahu bahawa anak pemain sayap pasukan Selangor FC berkenaan, Khalish Aryan, juga sudah dibenarkan untuk bertemu bapa yang amat dirindui.

“Kira-kira tiga hari lalu, doktor memberi kebenaran kepada Faisal untuk menerima lawatan daripada anaknya,” katanya.

image is not available

Pada Selasa lalu, Faisal telah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad biasa susulan perkembangan yang baik ditunjukkan olehnya selepas beberapa kali pembedahan dilakukan.

Untuk rekod, pada 5 Mei lalu, Faisal Halim telah disimbah asid oleh individu tidak di kenali sewaktu berada di sebuah pusat beli belah di Damansara.

Dia telah disahkan kritikal ketika itu memandangkan mengalami lecur tahap empat di beberapa anggota tubuhnya seperti leher, lengan, dada dan terkena sedikit di bahagian tepi wajahnya.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)