Nasi Goreng Kambing Malaysia Disenarai Makanan Paling Teruk Di Dunia

Food
5 Jan 2024 • 8:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nasi Goreng Kambing Malaysia Disenarai Makanan Paling Teruk Di Dunia

Menu nasi goreng kambing yang berasal dari Malaysia tersenarai di kedudukan ke-48 dalam senarai Makanan Paling Teruk Di Dunia.

Senarai berkenaan dikeluarkan oleh TasteAtlas dalam kemas kini terbaru pada 14 Disember lalu.

Dalam senarai tersebut, nasi goreng kambing hanya memperolehi 2.6 daripada 5 bintang.

Menurut TasteAtlas, nasi goreng kambing ialah sejenis nasi goreng tradisional yang pelbagai dan berasal dari Malaysia.

Walaupun terdapat banyak versi, hidangan ini biasanya dimasak dengan gabungan nasi, daging kambing cincang dan bahan-bahan lain dalam pembikinan nasi goreng.

Bagaimanapun, nasi goreng yang sangat popular dalam kalangan rakyat tempatan ini juga boleh ditemui di Singapura dan Indonesia.

Namun ternyata, hidangan yang menjadi pilihan di tiga buah negara itu sebenarnya memberikan pengalaman yang tidak baik kepada penggemar makanan lain dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, hidangan Hakarl dari Iceland muncul di tangga pertama sebagai Makanan Paling Teruk Di Dunia. Ia diikuti pula oleh juadah dari Amerika Syarikat iaitu hidangan Ramen Burger.

image is not available

Terdahulu, menerusi portal yang sama, roti canai pernah di nobatkan sebagai Roti Terbaik Dunia bagi tahun 2023/2024.

Menurut TasteAtlas, hidangan yang menjadi soul food rakyat Malaysia itu mendapat tempat teratas selepas mengumpul sebanyak 4.7 daripada 5 bintang.

Turut tersenarai dalam senarai Hidangan Sarapan Terbaik Dunia & Makanan Jalanan Terbaik Dunia

Selain itu, roti canai turut tersenarai sebagai antara Hidangan Sarapan Terbaik Di Dunia.

Dalam senarai tersebut, sarapan lazim di Malaysia berada di tempat kedua, dibelakang hidangan asal Serbia, komplet lepinja.

Sebelum itu, roti canai juga telah diiktiraf antara Makanan Jalanan Terbaik Dunia dan menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut.

Dalam senarai yang dikeluarkan pada Februari lepas, hidangan ini berkongsi mata bersama hidangan yang menduduki tempat pertama, Guotie (China)

Walaupun berkongsi mata yang sama iaitu 4.8 mata, Taste Atlas meletakkan Guotie dari China di tangga pertama sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Sumber: Taste Atlas