Nasi Lemak Dihiasi Telur ‘Sim Kad’ Raih Perhatian Ramai

LocalFood
8 Oct 2024 • 10:12 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Nasi lemak merupakan salah satu makanan tradisi Malaysia yang sering menjadi pilihan orang ramai.

Malah makanan ini tidak hanya di makan pada waktu pagi tetapi ia menjadi santapan di setiap masa seperti tengah hari, dan juga malam.

Umum mengetahui bahan asas yang sering dihidang bersama dengan nasi lemak ini tentunya timun sebagai sayur-sayuran, kacang dan ikan bilis, sambal serta telur.

Adakalanya hidangan ini membuatkan ramai ingin menjadikannya sebagai sarapan kerana mempunyai nutrisi yang lengkap dan mudah.

Nasi lemak dihias telur dadar nipis

Baru-baru ini, seorang pelanggan telah berkongsi di grup Facebook dua foto nasi lemak yang dibelinya untuk sarapan pagi.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan nasi lemak yang dibeli dihiasi dengan telur yang diletakkan di atas sambal.

Namun apa yang menjadi perhatian, telur dadar yang diberikan oleh peniaga tersebut kepada pelanggan kelihatan sangat nipis dan agak menyedihkan.

Sambal sedap namun telur dadar disifatkan seperti ‘sim kad’

Malah pelanggan itu turut menyifatkan telur dadar yang ada dalam nasi lemak tersebut seperti ‘sim kad’.

“Pagi tadi breakfast (sarapan) nasi lemak sim kad, sambalnya padu (sedap),” tulisnya di ruang kapsyen.

image is not available

Ramai pertikaikan peniaga jual telur dadar senipis itu

Melihat di ruangan komen, ramai yang mempertikaikan saiz telur dadar tersebut malah turut ada penjual mengatakan mereka menjual nasi lemak pada harga RM2.50 namun masih memberikan sebiji telur rebus kepada pelanggan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan telur yang diberikan oleh peniaga tersebut turut dilihat senipis tisu.

Ada juga yang menasihatkan peniaga agar tidak menganaiya pelanggan dengan menjual makanan sebegitu rupa.

image is not available

“Masa nak letak telur tu apa dia rasa ya? Tak ada perasaan ke?”

image is not available

“Kalau besar tu, lebih baik tak payah letak. Buat sakit hati je”

image is not available

“Telur ke tisu tu?”

image is not available