Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, Nasi Apollo hidangan iftar wajib cuba di Movenpick. Memang best!

Food
10 Apr 2023 • 10:55 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RESTORAN Temasya di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang pada kali ini mengetengahkan konsep hidangan tradisional dengan tema Bazaar Ramadan Nostalgia Selera Orang Kita.

Ia secara tidak langsung bakal mengembalikan momen atau kenangan zaman kanak-kanak para pengunjung.

image is not available

Secara keseluruhan, terdapat 17 gerai dengan hampir 120 menu lazat lagi mengiurkan yang dikemudikan oleh Chef Al Fitri.

Penulis yang dipelawa mencuba sajian iftar di sana tertarik dengan sajian Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, Nasi Apollo, sate dan kambing panggang.

image is not available

Apa yang boleh dikatakan, Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick KLIA sangat sesuai menghimpunkan ahli keluarga, kenalan, klien mahupun rakan sepejabat beriftar.
Selain kelazatan hidangan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Rabbani dan Saujana.

image is not available

Lokasi hotel yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Abdul Samad memudahkan tetamu untuk menunaikan solat tarawih.

Bazaar Ramadan Nostalgia Selera Orang Kita
Alamat: Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid Klia, Sepang, Selangor
Tarikh: 25 Mac hingga 20 April 2023
Menu signatur: Pelbagai lauk salai Negeri Sembilan, Nasi Apollo, kambing panggang, nasi yemen, Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, gulai kawah, aneka kuih tradisional Melayu dan Asia Barat
Harga: Dewasa (RM138), kanak-kanak (RM6 ) dan warga emas (RM98)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.