Peniaga kecil-kecil merupakan tulang belakang ekonomi tempatan. Walaupun keuntungan yang diperoleh mungkin kecil, mereka terus berusaha untuk bertahan dan menyara kehidupan. Namun, mereka juga berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan, termasuk kritikan dan teguran.
Beberapa hari lalu, tular video menunjukkan seorang pelanggan wanita menegur peniaga nasi lemak yang dikatakan menjual nasi lemak dengan harga yang tidak munasabah.
Terdahulu pelanggan berkenaan bertanyakan berapa harga nasi lemak yang dijual. Fyon memaklumkan, Nasi Lemak Bilis berharga RM3, Nasi Lemak Kerang atau Ayam pula berharga RM4.
Harga terlalu mahal?
Replying to @ateng.atengloh Hanya Allah yang tau saya Ikhlas atau Tidak. Tapi sepangjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya “TIDAK IKHLAS”. apatah lagi “TIDAK MURAH HATI”. Orang yang kenal saya, kenal lah.. tapi saya bukan minta untuk dikenali, cuma minta difahami. Saya, generasi dr mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 TAHUN, dari harga 1 ringgit hingga lah sekarang 3 ringgit. Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam². Kami sangat jaga KUALITI. Masak nasi pun bukan guna santan murah. semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai “NASI LEMAK”. Di kes ini, makcik ni juga seorang peniaga. Saya tidak tahu apa motif dia dtg sergah saya mcm ni. Semoga dia tidak ulang sikap dia terhadap peniaga lain.☺️ Ya Allah, Perluaskan lagi rezeki kami seluas lautanMu. Dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki sesama manusia. Aamiin Ya Allah. #peniaganasilemak #randomvideo #tidakmurahhati
Bagi pelanggan itu, harga yang dikenakan terlalu mahal sedangkan saiz nasi lemak yang dijual adalah kecil.
“Mahal juga kau jual kan? Sikit saja. Tidak juga sampai naik harga begitu. ” katanya yang kemudian memesan tujuh nasi lemak.
“Terlalu mahal la, terus terang. Sebab bilis pun RM35 saja sekilogram,” tambahnya lagi.
Fyon cuba menerangkan barangan yang lain juga mahal, tetapi disangkal oleh pelanggan tersebut.
“Tidak juga, saya pun berniaga, biasa masak. Ini saya tegur sikit sebab memang kita mencari untung tetapi berpada-pada.
“RM21 lah, tak payah lagi kau kira. Kasi sajalah,” katanya yang cuba meminta diskaun, namun Fyon tidak dapat berbuat demikian atas prinsip berniaga.
Dituduh tak murah hati
Keengganan Fyon itu membuatkan dia mula meninggikan suara dengan menyatakan Fyon tidak bermurah hati, sedangkan peniaga sepatutnya pandai menarik hati pelanggan.
“Tidak murah hati kau. Bisnes is bisnes, kadang-kadang kita mahu tarik pelanggan kan?” katanya.
Apabila Fyon cuba mengembalikan wangnya mengikut jumlah yang dikehendaki, pelanggan itu pula enggan menerimanya kerana mengganggap Fyon tidak ikhlas berbuat demikian.
“Tidak saya mau, kau tidak ikhlas,” tegasnya.
Tetap kuatkan diri untuk terus berniaga
begitulah kalau hati tisu. Terima kasih makcik , memberi pengalaman baru saya hanya peniaga nasi lemak tepi jalan.. #peniaganasilemak #makcikrandom
Di satu video yang lain, Fyon kelihatan menahan rasa sebak dan menangis dengan apa yang berlaku. Namun perkara itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk terus berniaga.
“Begitulah kalau hati tisu. Terima kasih makcik, memberi pengalaman baru. Saya hanya peniaga nasi lemak tepi jalan,” katanya pada kapsyen video tersebut.
The post ‘Nasi lemak RM3-RM4? Mahal juga kau jual’ – Makcik tegur peniaga nasi lemak appeared first on The Reporter.


![“Mahal Kau Jual” – Peniaga Sedih Lepas Ditegur Pelanggan Kerana Jual Nasi Lemak RM3 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)


![“Allah Sembuhkan” – Ayat Kanak-kanak Perempuan Ketika Bermain Dengan Bapa Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)