Nasib 7 buruh miskin berubah, jumpa berlian lebih RM200,000

13 Aug 2026 • 6:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nasib 7 buruh miskin berubah, jumpa berlian lebih RM200,000

NEW DELHI – Nasib tujuh pekerja di daerah Panna, negeri Madhya Pradesh berubah sekelip mata selepas mereka menemukan  sebutir berlian bermutu tinggi bernilai lebih AS$52,400 (RM214,000) di tapak perlombongan lama yang mereka sewa, lapor stesen penyiaran BBC.

Berlian seberat 17.96 karat atau lebih 3 gram itu disahkan oleh Pegawai Berlian Panna, Ravi Patel  sebagai berlian gred ‘kualiti permata’, iaitu antara varieti berlian semula jadi terbaik yang wujud.

“Berlian berharga ini akan dimasukkan ke dalam senarai lelongan awam pada Oktober ini. 

“Kami menganggarkan nilainya boleh mencecah sekurang-kurangnya AS$52,400,” kata Patel.

Daerah Panna terkenal sebagai pusat rizab berlian terbesar di India, namun ia kekal sebagai antara kawasan paling mundur yang dibelenggu isu kemiskinan, pengangguran serta krisis bekalan air. 

Majoriti penduduk bergantung harapan pada aktiviti mencari berlian untuk keluar daripada garis kemiskinan. – AGENSI

The post Nasib 7 buruh miskin berubah, jumpa berlian lebih RM200,000 appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved