“Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]

Travel
18 May 2026 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak akan simpan resit pembayaran selepas membeli atau makan di sesebuah restoran. Dalam sesetengah kes, resit itu tercicir dan anda lupa telah meletakkannya di mana.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa resit ini boleh menjadi penyelamat daripada anda dituduh mencuri. Inilah apa yang berlaku kepada sekumpulan rakan ketika melancong ke Jakarta, Indonesia.

Rakyat Malaysia Dituduh Konon Tidak Bayar Makanan Di Restoran Terkenal Di Jakarta

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Norain mendedahkan bahawa dia bersama lima rakan yang lain telah diviralkan oleh sebuah cawangan restoran terkenal Nasi Padang di Jakarta.

Jelasnya, mereka telah dituduh oleh pihak restoran dengan alasan kononnya telah melarikan diri tanpa membayar juadah makanan yang dipesan. Menurutnya, kejadian ini berlaku pada 13 Mei lalu dan tular selepas tiga hari makan di sana.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, kelihatan Norain bersama rakan-rakannya sedang turun dari van milik sebuah ejen pelancongan di sana. Klip tersebut akhirnya menjejaskan imej mereka.

Pada awalnya, Norain tidak menyedari bahawa mereka telah ditularkan dan dituduh dengan dakwaan sebegitu. Namun, mereka dimaklumkan sendiri oleh pemandu van mengenai perkara tersebut.

“Makan dekat restoran 13 Mei lebih kurang jam 11 pagi macam tu. Makan berenam dan ambil dalam sembilan lauk. Jumlah semua Rp907,500 (kira-kira RM204.80). Lepas makan kitorang terus naik Whoosh pergi Bandung.

“Semua okay sampai la kitorang balik ke Jakarta semula. 16 Mei masa nak keluar dari hotel, tiba-tiba pemandu (van) tanya dekat kitorang mana resit makan dekat ***.

“Dia kata pihak pengurusan *** dah viralkan kitorang sebab tak bayar masa makan hari tu. Viral lepas tiga hari kitorang dekat Bandung dan dah balik Jakarta semula,” katanya.

Tunjuk Resit Pembayaran Sebagai Bukti Sudah Bayar

Tidak berpuas hati dengan tuduhan itu, dia bersama rakannya terus mencari resit pembayaran bagi membuktikan mereka tidak bersalah.

Akhirnya selepas memeriksa beg masing-masing, resit tersebut akhirnya ditemui dan diserahkan kepada pihak pengurusan restoran.

“Selepas selongkar beg, baru jumpa resit tu. Bayangkan kalau kitorang bayar secara tunai dan resit tak jumpa. Memang tak ada bukti langsung.

“Terima kasih kepada Mas Bima dari Purnama Trans Wisata Bandung yang cuba sedaya upaya bersihkan nama kitorang dari terus kena viral sebab tak bayar makan punya pasal. Ingat kitorang tak ada iman ke makan sampai tak nak bayar. Jadi darah daging tau tak?” katanya.

View on Threads

Pihak Restoran Nasi Padang Tampil Mohon Maaf, Dakwa Ada Salah Faham

Selepas menyerah bukti pembayaran, pihak restoran terkenal Nasi Padang itu telah tampil memohon maat atas kesalahan mereka dan berkata bahawa timbulnya salah faham mengenai isu tersebut.

“Kami dari *** menyampaikan permohonan maaf atas salah faham yang terjadi berkait pembayaran Tamu Travel yang makan di restoran kami. Kejadian tersebut terjadi disebabkan salah faham komunikasi dan bukannya disengajakan dari mana-mana pihak.

“Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, dan komunikasi antara kita juga berjalan dengan baik,” kata pihak restoran.

Wakil restoran itu turut melakukan permohonan melalui rakaman video kepada pelancong dan juga ejen pelancongan terlibat.

Namun carian kami tidak menemukan video tersebut dimuat naik di akaun media sosial restoran itu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kongsi Kisah Pelanggan Mengamuk Lepas Kantoi Menipu Konon Dah Bayar Makanan Guna QR [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bungkus Bawa Balik” – Peniaga Dedah Ada Pelanggan Tak Bayar Makanan Tiap Kali Jamu Selera Di Kedai

Wajib Simpan Resit Pembayaran Kalau Melancong Ke Luar Negara

Norain dalam satu lagi hantaran turut berpesan dan menasihati orang ramai agar sentiasa menyimpan setiap resit pembayaran apabila melancong ke luar negara bagi mengelakkan insiden sama berlaku.

View on Threads

Bukan sahaja ketika bercuti, malah anda juga disarankan untuk menyimpan setiap resit sebagai bukti pembayaran, meskipun hanya makan di gerai tepi jalan sahaja. Jika kedai tersebut tidak memberikan resit, anda berhak untuk memintanya.

Menurut hantaran Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kegagalan peniaga mengeluarkan resit jualan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Ramai Berang Pihak Pengurusan Restoran Tularkan Pelanggan Tanpa Buat Pemeriksaan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan tindakan pihak pengurusan restoran yang bertindak secara melulu.

“Teruknya, benda ni sebenarnya datang dari syak wasangka. Kalau dia boleh periksa CCTV dekat luar kedai, patutnya boleh juga periksa CCTV dekat kaunter,” kata seorang netizen.

Malah ada yang berkata perbuatan menularkan muka pelanggan dengan tuduhan tidak berasas adalah melampau.

“Ni dah melampau la, viralkan terus kot tanpa cuba hubungi korang. *** bukannya warung tepi jalan yang tak ada sistem atau CCTV! Ya Allah barannya baca,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, beberapa netizen turut mengingatkan perkara sama iaitu supaya sentiasa menyimpan resit pembayaran.

“Yang ni saya setuju sebab saya memang simpan semua resit walaupun sekecil-kecil mana pun resit tu simpan sepanjang berada di Indonesia. Mana tahu ada apa-apa terjadi kita ada bukti. Kita tak jangka kan, tapi kalau apa-apa berlaku kita ada backup,” kata seorang individu.

Berikut antara komen-komen warganet:

Image from: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]
Image from: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]
Image from: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]
Image from: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]
Image from: “Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “2 Hari Dia Tipu” – Pemilik Restoran Buat Report Polis, Dakwa Pelanggan Bayar Makanan Guna Resit Palsu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kononnya Nak Bersih, Rupanya Pegang Resit Lepas Pakai Sanitizer Berbahaya!

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

View Original Article