“Nasib Anak Mereka..” – Raih Rating Tertinggi, Penonton Mahu Musim Kedua ‘Marry My Husband’

Entertainment
21 Feb 2024 • 10:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya “Marry My Husband” sudah pun menamatkan tayangan kelmarin!

[Amaran SPOILER]

Dalam episod akhir ini, penonton disajikan dengan kesudahan memuaskan apabila Park Min-hwan (Lee Yi-kyung) akhirnya mati mengikut cara yang sama dialami isterinya dahulu di mana kepalanya terhentak pada meja kaca. Bukan itu sahaja, Jung Soo-min (Song Ha-yoon) menerima hukuman penjara atas kesemua kesalahannya manakala Yoo-ra pula meninggal dunia dalam kemalangan ngeri.

image is not available

Bagi Kang Ji-won (Park Min-young) dan Yoo Ji-hyuk (Na In-woo) pula, mereka berjaya mengikat tali perkahwinan dan dikurniakan sepasang anak kembar.

Ternyata popular, “Marry My Husband” meraih rating tertinggi ketika tayangan menerusi episod akhir ini dengan catatan 12%. Malah ramai yang berharap akan ada musim kedua kerana hint berkenaan diberikan dalam webtoon asal di mana ia akan membawa kisah kehidupan mereka berdua bersama takdir kedua-dua anak mereka.

Korang puas tak tonton ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.