‘Nasib Baik Tak Makan Terus’, Pembeli Jumpa Telur Lalat Dalam Makanan Di Astana

14 Apr 2023 • 2:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pembeli kecewa dengan peniaga yang menjual makanan tidak bersih, ada telur lalat

‘Nasib Baik Tak Makan Terus’, Pembeli Jumpa Telur Lalat Dalam Makanan Di Astana. Tibanya bulan Ramadan, akan muncul jugalah bazar Ramadan. Kemunculan bazar Ramadan banyak memberi manfaat serta dugaan untuk pengunjung dan juga para peniaga.

Namun, seorang individu baru-baru ini membuat perkongsian mengenai makanan yang tidak bersih di bazar Ramadan, Astana.

Menurut perkongsian di Facebook itu, individu tersebut kecewa dengan peniaga yang tidak menjaga kebersihan makanan kerana makanan yang dibeli olehnya mempunyai telur lalat.

image is not available
Sumber: Facebook

Luahannya yang kecewa, lalu dibersihkan dan diberikan dengan anjing kesemuanya

Difahamkan, apabila dia tiba di rumah, dia mengeluarkannya dari plastik dan memasukkannya ke dalam ketuhar atau ‘oven’ untuk panaskan semua juadah berbuka tersebut, malah dia menemui telur lalat di dalamnya.

“Sampai je rumah terus keluarkan dari plastik sebab nak simpan dalam oven untuk berbuka puasa petang nanti, tapi isi tercabut lalu nampak telur lalat di dalam makanan itu. Saya cuci lepastu bagi dengan anjing semua,” luahnya dengan kecewa.

Pastikan peniaga menjual makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan

Bagaimanapun, dia turut memberi nasihat bagi orang Islam yang menjalankan perniagaan supaya memastikan makanan mereka bukan sahaja halal, malah bersih dan selamat untuk dijual.

image is not available
Gambar haisan. Sumber: Google

“Kalau orang sakit disebabkan makanan dijual itu, tak pasal-pasal kena saman nanti,” katanya lagi yang hampa dengan makanan tersebut.

Bahkan, dia menyatakan perkongsiannya itu sebagai peringatan kepada para penjual untuk memastikan makanan yang mereka tawarkan bersih. Bukan itu sahaja, dia juga berpesan kepada pembeli untuk memeriksa pembelian mereka dengan teliti sebelum makan.

Baca juga kisah yang berkaitan: