Nasib City bakal terjawab

LocalFootball
14 Aug 2024 • 9:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
City berdepan 115 pertuduhan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan.

MANCHESTER City berdepan 115 pertuduhan yang dibawa oleh Liga Perdana Inggeri (EPL) atas dakwaan pelanggaran peraturan kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif EPL, Richard Masters berkata, sudah tiba masanya untuk kes itu didengar dan dijawab.

City didakwa pada Februari tahun lalu, dengan lebih 100 dakwaan melanggar peraturan kewangan sejak pengambilalihan mereka oleh Kumpulan Bola Sepak Abu Dhabi-City dan telah dirujuk kepada suruhanjaya bebas untuk pendengaran.

Jika didapati bersalah, City, dalam senario terburuk boleh menghadapi pemotongan mata atau malah diturunkan daripada saingan liga.

City menafikan sebarang salah laku dan menentang tuduhan tersebut dan setakat ini masih tiada keputusan telah dicapai dalam kes itu.

"Sudah tiba masanya untuk kes ini diselesaikan. Ia telah berlaku selama beberapa tahun dan saya fikir ia adalah jelas bahawa kes itu perlu didengar dan dijawab," katanya.

Pada Isnin, The Times melaporkan bahawa perbicaraan terhadap City mengenai dakwaan pelanggaran itu ditetapkan bermula pada bulan September dan keputusan diketahui awal tahun depan.

"Apabila kes itu dibicarakan, keputusan akan diumumkan dan semua soalan yang anda ingin saya jawab akan dijawab sebagai sebahagian daripada proses itu," kata Masters.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved