Nasib koranglah jadikan PAS kawan, kita disuruh ikut Islam..dia ikut nafsu – Adly Zahari

LocalPolitics
30 Dec 2025 • 3:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Adly Zahari yang didakwa menyindir PAS telah mengundang rasa tidak puas hati ramai.

Mana tidaknya, ramai yang berpendapat Adly yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah tidak wajar mencampuri urusan konflik melibatkan parti lain.

Adly Zahari

image is not available

“Nasib korang lah bila buat PAS sebagai rakan politik, kita dia suruh ikut Islam..dia ikut nafsu,” kata Adly ringkas dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jangan masuk campur masalah orang lain

image is not available

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden seolah-olah meluahkan rasa terkilan apabila semangat setia kawan tidak dihargai oleh pihak yang sudah dianggap sebagai ‘kawan’.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebaik sahaja ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dari PAS, Mohd Shukri Ramli.

Malam tadi, dunia politik dikejutkan dengan pengumuman Muhyiddin yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN menerusi kiriman mesej di kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Tidak lama kemudian, ahli pimpinan tertinggi BERSATU lain turut bertindak melepaskan jawatan masing-masing seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Setiausaha Agung PN, Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor), Datuk Dr Sahruddin Jamal (Pengerusi PN Johor), dan Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu (Pengerusi PN Perak).

image is not available

Sumber: Facebook @Adly Zahari