“Nasib Muka Cantik” – Netizen Kritik Gaun Yoona Nampak Macam Bra?

Women's Fashion
20 Jul 2024 • 3:48 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kalau cakap tentang pelakon Korea paling cantik, nama Yoon-a pastinya tidak akan terkecuali.

Terbaru, Yoon-a telah menjadi pengacara di majlis anugerah ‘Blue Dragon Series Awards’, yang turut dihadiri ramai pelakon hebat lain.

Tampil elegan memakai gaun panjang berwarna putih, kecantikan wanita itu memang tidak perlu dipersoalkan lagi tambahan pula dengan solekannya yang nipis tetapi cukup untuk menyerlahkan lagi penampilannya.

Bagaimanapun, beberapa netizen nampaknya mempunyai pendapat sebaliknya tentang gaun yang dipakai Yoon-a dan mengatakan bahawa ia menyerupai pakaian dalam.

image is not available

Antara komen yang ditulis,

  • Baju tu mengecewakan..
  • Yoon-a cantik tapi pada pendapat saya, baju tu seperti bra.
  • Wajah cantiknya berjaya selamatkan gaun pelik tu..
  • Bahagian bawah dah ok tapi bahagian atas nampak macam pakai bra je pulak.

Hmm apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article