Nasib Parking Tak Kena Tempat, ‘Forklift’ Angkut Kereta Di Kuching Ini Raih Perhatian Netizen

14 Mar 2023 • 1:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Inilah padahnya kalau dah diberitahu tapi masih buat ‘dek’ je..’

Nasib Parking Tak Kena Tempat, ‘Forklift’ Angkut Kereta Di Kuching Ini Raih Perhatian Netizen. Baru-baru ini telah tular di laman Facebook di mana beberapa buah kenderaan di Kuching ini terpaksa diangkut menggunakan forklift kerana parking tak kena tempat telah menarik perhatian netizen.

Kejadian tersebut telah berlaku malam tadi di sekitar jalan pasar Kuching. Insiden ini menarik perhatian netizen apabila sebuah kereta terpaksa diangkat menggunakan forklift kerana parking yang tidak kena tempat.

Perarakan Tokong ‘Seng Ong Kong’ di jalan Kuching

Menurut sumber, kejadian itu berlaku semasa perarakan tokong Seng Ong Kong pada malam tadi. Sebelumnya, pihak berkuasa telah mengeluarkan notis untuk tidak menggunakan jalan tersebut pada waktu tertentu, namun masih ada beberapa pemandu yang memarkir kenderaan mereka di bahu jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Situasi ini tidak lama kemudian menjadi tular di media sosial dan memancing perbincangan di kalangan netizen. Ramai netizen yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap pemandu yang memarkir kenderaan mereka di bahu jalan dan mengabaikan notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

image is not available
Nasib Parking Tak Kena Tempat, ‘Forklift’ Angkut Kereta Di Kuching Ini Raih Perhatian Netizen. Kredit: FB 石角诚

Namun ada juga yang merasa puas apabila kenderaan tersebut diangkut menggunakan forklift. Ada juga yang mencadangkan untuk membuat tindakan ini untuk pihak yang memarkir sebarang di kawasan Hospital Umum Sarawak.

Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, adalah penting untuk sentiasa memastikan bahawa kita memarkir kereta dengan betul dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku lagi.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: