Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 10:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu

Seperti yang umum ketahui, Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin dijangka menjadi pemangkin perubahan besar kepada nasib lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.

RUU yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, ini menekankan beberapa aspek penting bagi membuka lembaran baharu buat golongan pekerja gig.

Langkah ini bukan sahaja mengangkat kerjaya gig ke tahap yang lebih terjamin, tetapi juga berdaya saing.

image is not available
Gambar: Bernama

RUU ini diwujudkan bertujuan untuk menyediakan perlindungan perburuhan asas kepada pekerja dalam sektor ini.

Berikut 8 Kesan Selepas RUU Pekerja Gig 2025 Dikuatkuasakan

Status Pekerja Gig

RUU ini mengekalkan status fleksibiliti pekerja gig, membolehkan mereka terus menikmati kebebasan dalam mengatur masa dan cara bekerja

image is not available

Definisi Pekerja Gig

Sebelum ini, tiada definisi khusus bagi pekerja gig dalam Akta Kerja 1955.

Namun, selepas RUU ini diluluskan, pekerja gig diiktiraf secara rasmi sebagai warganegara atau penduduk tetap yang menjalankan perkhidmatan melalui perjanjian kontrak dengan entiti tertentu dan menerima pendapatan daripada perkhidmatan yang diberikan.

image is not available

Pertikaian Pekerja Gig

Jika sebelum ini timbul pelbagai pertikaian mengenai pekerja gig dalam industri ini.

Menerusi RUU ini, memperkenalkan proses penyelesaian yang lebih jelas melalui Mekanisme Kilanan (siasatan dalaman), Pendamaian oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya Tribunal Pekerja Gig bagi menyelesaikan kes dengan lebih adil.

image is not available

Pendapatan Pekerja Gig

Melalui RUU ini, pekerja gig berpeluang mendapatkan kuasa rundingan bersama dalam menentukan kadar upah.

Satu majlis tripartite rasmi diwujudkan untuk membolehkan pekerja dan majikan berbincang secara kolektif dalam menetapkan bayaran yang lebih adil dan telusKeselamatan Sosial

Perlindungan Keselamatan Sosial

Salah satu perubahan ketara di bawah RUU ini ialah peluasan perlindungan PERKESO melalui model pascabayar (postpaid), di mana pekerja tidak lagi perlu membuat bayaran awal (prepaid) untuk mendapat perlindungan.

Ini kerana, bayaran caruman yang dikenakan ialah RM0.0125 bagi setiap RM1 pendapatan, dilakukan secara automatik.

Langkah ini sekali gus menjamin perlindungan lebih baik sekiranya pekerja gig ditimpa kemalangan atau musibah ketika bertugas.

image is not available

Kesan Kepada Majikan

Dalam perkembangan lain, kewujudan RUU Pekerja Gig ini sedikit sebanyak memberi impak kepada majikan dari sudut positif.

Antaranya tiada sebarang kos langsung tambahan yang perlu ditanggung selepas pelaksanaannya; kos pematuhan RUU Pekerja Gig seperti tidak boleh memecat atau menggantung pekerja dengan mudah serta tidak boleh memotong bayaran sesuka hati.

Selain itu, RUU ini juga dapat menggalakkan ketelusan dalam aspek jenis pekerjaan, kadar upah, pendapatan, dan perlindungan sosial; mengurangkan risiko majikan untuk menanggung kos perubatan bagi pekerja gig dan memperkenalkan Amalan Pengurusan Buruh terbaik bagi meningkatkan kredibiliti syarikat.

image is not available

Manfaat Kepada Pengguna

Dengan adanya RUU Pekerja GIG ini, rakyat yang berkhidmat di bawah sektor ini bakal menerima pelbagai manfaat.

Ia secara tidak langsung perkhidmatan ini akan menawarkan jaminan yang lebih selamat, konsisten, stabil dan beretika.

Penalti & Hukuman

image is not available

Jika terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap RUU Pekerja Gig oleh pihak majikan atau platform, mereka bakal berdepan denda yang berat iaitu denda sehingga RM50,000, penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, RUU Pekerja Gig ini bukan sahaja mengiktiraf pekerja gig, tetapi juga memelihara keunikan sektor dalam pelbagai aspek.

#PERKESOLINDUNGSemua #iLINDUNGu #pekerjagig