“Nasihat Daddy, Jadilah Orang Yang…” – Leona Dan Rees Mula Dikenali, Azhar Sulaiman Nak Undur Diri Dari Dunia Hiburan

10 Jun 2024 • 11:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Azhar Sulaiman tampil memberi nasihat buat kedua anaknya, Kasih Iris Leona dan kembar, Andika Rees setelah mereka berdua tampil dalam sebuah program hiburan anjuran Astro.

Azhar Sulaiman pertimbang nak undur diri

Kata Azhar, dia mungkin akan mengundur diri kerana kedua-dua anaknya seperti sudah tahu membawa diri dan haluan masing-masing.

Mungkin sudah tiba masanya Behar mengundurkan diri dari Public Eyes. My Twins, Rees & Leona nampaknya sudah tahu membawa diri dan terbang sendiri.

Nasihat Daddy, jadilah orang yang berguna kepada masyarakat dan sentiasa bersikap seperti Padi.

Anak-anak sudah pandai membawa diri

Anak Azhar Sulaiman terutamanya Kasih Iris Leona sering mencuri tumpuan warga maya gara-gara perkongsiannya mengenai aktiviti harian di media sosial.

Malah, Leona yang muncul dalam satu podcast tampil menuai pelbagai respon positif dalam kalangan netizen gara-gara personalitinya yang matang meskipun masih berada di usia yang muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

"Masa Bercinta Jadi Pak Ustaz, Dah Putus Jadi Mat Hip Hop" - Zarina Anjoulie