Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]

Family & Parenting
22 May 2026 • 5:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini dapat dilihat majoriti wanita bekerja namun masih ada yang memilih dan berkorban untuk menjadi suri rumah demi anak-anak.

Namun ramai yang menganggap ia satu tugas mudah sedangkan realitinya tidak seindah yang disangka.

Ustazah Tanya Murid Sudah Ucap Selamat Hari Guru Kepada Ibu, Ada Murid Cakap Ibu Hanya Suri Rumah

Baru-baru ini, tular di media sosial nasihat deep seorang ustazah terhadap anak muridnya mengenai ibu berhubung ucapan hari guru.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads @fafafauzi_, guru yang dikenali sebagai Ustazah Fathin itu bertanyakan kepada anak muridnya sama ada mereka telah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada ibu mereka sendiri.

Namun, ada jawapan segelintir pelajar yang ‘menyentuh’ hatinya di mana pelajar terbabit mendakwa tidak membuat ucapan tersebut kerana ibu mereka bukan guru sebaliknya hanya suri rumah.

Ustazah Jelas Maksud Sebenar Guru, Ibu Orang Pertama Mendidik Manusia

Tersentak dengan jawapan segelintir murid berkenaan, Ustazah Fathin terus bertanyakan kepada murid-muridnya maksud sebenar seorang guru.

“Apa maksud guru sebenarnya? Orang yang membimbing, orang mendidik. Siapa orang pertama mendidik kamu? Emak. Jadi kenapa tak ucap hari guru kepada emak?

“Siapa orang pertama ajar kamu bercakap? Siapa orang pertama ajar kamu makan?  Siapa orang pertama ajar kamu berjalan? Jadi kenapa tak ucap kepada emak?

“Sebab itu Nabi Muhammad SAW kata ‘ibumu, ibumu, ibumu baru ayahmu.’ Tiga kali nabi sebut, apa-apa emak dulu. Hari guru, emak dulu. Hari Ibu, emak dulu. Hari apa atas dunia, semua emak dulu.

“Emak orang pertama ajar kita semua benda. Nak menelan, nak hisap susu, nak sendawakan kamu, nak basuh berak, pakaikan baju semua emak,” katanya.

Ustazah Jelas Suri Rumah Pekerjaan Paling Mulia Atas Muka Bumi

Terang Ustazah Fathin kepada pelajarnya itu lagi, suri rumah adalah pekerjaan paling mulia di atas muka bumi ini.

“Walaupun emak kita bukan seorang guru, emak kita suri rumah je, yang kamu kata ‘je’, tiada istilah je untuk suri rumah.

“Suri rumah adalah pekerjaan paling mulia atas muka bumi ini. Sebab dia yang uruskan kita daripada A sampai Z. Daripada kita celik mata sampai pejam mata balik.

“Dan kalau bukan emak yang suri rumah tu je nak uruskan kita, kita takkan jadi sampai macam hari ini.

“Ada tak baju kita bergosok pergi sekolah? Ada tak balik sekolah makanan tengahari dah terhidang, semua sebab emak suri rumah tu je.

“Jangan sesekali rendahkan martabat seorang suri rumah. Itu pekerjaan paling mulia. Sebab ada emak kamu yang tak bekerja tu lah, kita terurus hari ini,” jelasnya.

Menerusi video itu juga, Ustazah Fathin turut mengingatkan pelajarnya agar mengutamakan ibu dalam setiap sambutan serta mengingatkan mereka untuk memberi ucapan hari guru kepada ibu mereka.

View on Threads

Ramai Tersentuh Nasihat Ustazah Kepada Anak Murid Tentang Suri Rumah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 94,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet khususnya yang bekerja sebagai suri rumah tersentuh dengan nasihat pendidik itu terhadap anak muridnya.

Malah, mereka turut berterima kasih kerana menghargai pekerjaan suri rumah sepenuh masa.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Touchingnya. Terima Kasih Cikgu Sebab Bagi Pencerahan Istilah ‘Suri Rumah’ Je. Ada Orang Tak Pandang Pun Suri Rumah Ni”

Image from: Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Saya Ibu Kepada 3 Orang Anak. Saya Tak Pernah Sedar Pun Yang Saya Cikgu Pertama Untuk Anak-Anak Sampai Hari Ini Nampak Video Ini”

Image from: Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Saya Sebagai Ibu Pun Tak Terfikir Macam Tu Cikgu. Terima Kasih Cikgu”

Image from: Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Selamat Hari Guru Buat Diri Saya & Juga Buat Teacher Fafa. Tersentuh Betul Dengan Ayat Teacher Ini. Mengalir Air Mata Saya”

Image from: Nasihat Deep Cikgu Kenapa Murid Patut Ucap Selamat Hari Guru Untuk Ibu Berstatus Suri Rumah Buat Ramai Tersentuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kau Duduk Rumah Bukan Buat Apa Pun’ – Suri Rumah Luah Rasa Kecil Hati Diperli Ibu Sendiri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Duduk Rumah Pun Boleh Buat Duit! Ini Idea Mudah Buat Suri Rumah Yang Nak Cari Side Income

View Original Article