“Nasihat Kakak Yang Saya Pegang Ialah…” – Elisya Sandha Dedah Pesanan Fasha Sandha Buatnya Ketika Mahu Mula Jadi Pelakon

Entertainment
29 Feb 2024 • 3:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Elisya Sandha berkata dia sentiasa berpegang kepada nasihat yang dititipkan oleh kakaknya yang juga aktres terkenal Fasha Sandha kepadanya.

 

Akan pegang nasihat kakak

Kata menantu Sheila Rusly itu, selepas mengambil keputusan untuk berada di dalam industri seni hiburan, kakaknya memberikan nasihat agar dia menjadi seorang yang tegas.

Antara nasihat kakak (Fasha) yang saya pegang ialah, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Lagi satu kena jadi tegas, tak boleh terlalu baik. Sebab berada dalam industri ini (hiburan), kalau jadi terlalu baik nanti orang pijak kita.

image is not available

 

Jadikan kakak sebagai suri teladan

Tambah aktres berusia 25 tahun itu lagi, dia juga menjadikan kakaknya sebagai role model dalam bidang lakonan selain turut mengakui Fasha merupakan seorang pelakon hebat yang patut dicontohi.

Elisya turut akui berada di tahap sekarang dalam industri seni disebabkan oleh kakanya apatah lagi sedari kecil dia sudah nampak komitment dan cara Fasha bekerja.

Ikut jejak langkah Fasha adalah satu perkara yang baik sebenarnya. Disiplin dan komitmennya terhadap dunia lakonan sangat bagus. Sebab itu saya mahu jadi sepertinya.

image is not available

 

Tak kisah selalu dibandingkan

Meskipun sering dibandingkan dengan kakaknya sendiri sejak dia terjun dalam industri seni, Elisya akui tidak kisah dengan hal tersebut kerana percaya dengan bakat serta kelebihan yang ada pada dirinya.

Sebenarnya sejak dulu sampai sekarang memang ada orang membanding-bandingkan saya dengan kakak. Tapi kami saling menyokong. Saya tidak kisah pun apa orang nak cakap sebab masing-masing ada kelebihan dan keunikan tersendiri.

image is not available 6 months ago

"Adik Beradik Berlumba Nak Tunjuk Body" - Pakai Baju Ketat Nak Promosi Produk, Elisya Sandha Kena Kecam Lagi