
SANDAKAN: Kontraktor, konsesi, pembekal, perkhidmatan dan rakan niaga Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) disaran terus menjaga integriti dan mengelakkkan rasuah.
Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wilson Thomas berkata amalan seperti koboi atau amalan lama yang tiada hala tuju dan culas juga harus dielakkan pada masa kini.
Katanya, amalan baik untuk Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) ISO37001:2016 dan Pelan Anti Rasuah MPS 2022-2026 juga wajar dikekalkan.
Tidak lama lagi, audit ISO itu juga akan dijalankan.
