Nazim Othman dipuji tenang buat umrah, tak amuk macam ‘hulk’ depan Kaabah

Entertainment
8 Mar 2024 • 4:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon terkenal, Nazim Othman dipuji tenang buat umrah apabila video sewaktu dia di Tanah Suci tular semula di media sosial.

Senyum je sepanjang berada sebelah Kaabah

Menerusi perkongsian X @MALAYSIAVIRALLL, dapat dilihat yang Nazim tersenyum dan sangat tenang di hadapan Kaabah tanpa perlu berasak-asak ketika beribadah.

Nazim Othman dipuji tenang, tak berebut-rebut

Nazim yang dilihat berada disekeliling orang ramai yang berebut-rebut ingin menyentuh Kaabah hanya berjalan tenang dan tersenyum sebelum mencium kiblat umat Islam di seluruh dunia itu.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai memandangkan baru-baru ini tular video seorang pempengaruh yang seakan mengamuk di hadapan Kaabah demi mencium Hajar Aswad sehingga pakaian ihramnya hampir tertanggal.

image is not available

Nazim Othman dipuji tenang, niat kena betul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan pujian kepada pelakon drama Rajuk Karina itu kerana memilih bertenang daripada berebut-rebut dihadapan Kaabah termasuklah merakam kejadian berkenaan sehingga menjadi perhatian.

Walaupun ramai yang tahu bahawa lokasi tersebut bukanlah tempat Hajar Aswad diletakkan, namun tindakan Nazim itu tetaplah harus dipuji kerana berbeza dengan apa yang berlaku baru-baru ini.

image is not available

Takde pun mengamuk macam hulk!

image is not available

Tengok Nazim senyum kita pun nak senyum sama

image is not available

Rukun Yamani lebih senang disentuh, tapi tergantung rezeki

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial video seorang usahawan dan pempengaruh yang memuat naik video berasak-asak dihadapan Kaabah demi memastikan kenalannya turut sama dapat mencium Hajar Aswad.

Namun begitu, video terbabit telah menerima kritikan orang ramai sehingga dia menurunkan rakaman terbabit dari platfrom media sosial dan membuat permohonan maaf.

Sumber: X MALAYSIAVIRALLL

View Original Article